Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Minggu lepas aku berkesempatan menghadiri majlis pelancaran EXA Hyper Reality Entertainment yang terbaru di Setiawalk Outpost Puchong.

Lokasinya terletak di :

Setiawalk Outpost
B-11-1, Block B Setiawalk
Persiaran Wawasan
Pusat Bandar Puchong
47160 Puchong
Selangor

Permainan Hyper Reality ini diperkenalkan oleh EXA Global Sdn bhd dimana ianya sebuah anak syarikat hiburan digital dan teknologi oleh Havson Group.
Ianya lebih kepada ‘gaming scene’ di Malaysia dan anda akan merasai sendiri pengalaman dalam merentasi dimensi yang pertama di Southest Asia.

Ini merupakan permainan sci-fi yang ada adegan tembak-menembak, melibatkan 4 orang pemain di dalam bilik gelap, dan dipakaikan EXA Gear dengan gajet seperti begpack, senjata, headset,VR sistem, bateri dan sistem pengecas.

Jika anda pernah menonton filem Starship Troopers, maka anda juga akan turut merasai pengalaman yang sama di dalam EXA Hyper Reality Game ini. Seolah-olah anda berada dalam situasi sebenar.

Kalau anda pernah bermain Counter Strike, Half Life anda pasti menyukai permainan ini.

Bagi penggemar permainan realiti anda disyorkan untuk datang sendiri dan merasai keseronokkan EXA Hyper Reality ini.

Di Setiawalk Outpost ada 3 segmen, iaitu segmen permainan , Hyper Reality Museum danĀ  Hyper Reality Arcade.

Harga bagi 1 permainan ialah RM 81/nett. Tetapi sekarang anda boleh dapatkan 20% diskaun dengan harga RM 65/nett sahaja di Setiawalk Outpost.

750 total views, 98 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam