Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana diberi kesempatan untuk membuat review mengenai buku ‘ Mudahnya Menjemput Rezeki ‘.. Ini merupakan review pertama MB mengenai buku..
Karya Fathuri Salehuddin
Tajuk yang sangat indah dan mempunyai maksud yang tersirat dan cukup simbolik… Mudahnya Menjemput Rezeki…Seperti yang ditulis oleh penulisnya menjemput rezeki lebih mudah  dari mencari.. Apa yang anda faham dengan maksud tersebut… Mari MB jelaskan lebih lanjut berkenaan buku ini…
Buku ini ditulis oleh Tuan Fathuri Salehuddin atau dikenali dengan Fathuri.com.. Beliau banyak menulis artikel tentang kehidupan yang dikaitkan dengan Al-Quran dan Hadis.. Untuk pengetahuan buku ini adalah dalam bentuk fizikal dan bukannya dalam bentuk digital atau e-book..

Secara amnya, buku ini menceritakan tentang mudahnya menjemput rezeki dari Allah S.W.T.. Bagaimana hendak menjemput? Persoalan yang bermain di fikiran MB ketika membaca tajuknya..  Beza menjemput dan mencari….

Diatas meja ini tiada semut..dan memang kita tidak perlu dimana semut tersebut.. Tetapi kita yakin jika berikan apa yang semut suka, semestinya semut akan datang dari setiap penjuru.

Inilah idea di mana dimaksudkan dengan menjemput rezeki lebih mudah dari mencari… Satu-satunya pemilik rezeki ialah Allah S.W.T, jadi jika kita rasa rezeki kita sempit dan berhajat rezeki kita mudah, kita hanya perlu buat apa yang Allah S.W.T suka InsyaAllah rezeki akan datang dari setiap penjuru sepertimana bila kita beri apa yang semut suka..Inilah yang dikatakan Menjemput rezeki lebih mudah dari mencari…

Menjemput rezeki akan jadi lebih mudah jika kita lebih memahami bahawa semut boleh dijemput dengan pelbagai cara.. Semut boleh dijemput bukan hanya dengan gula, semut akan menghurung dengan pelbagai makanan.. Jadi Allah S.W.T juga begitu, sukanya Allah bukan hanya pada 1 amalan tetapi banyak.. Dengan mengkaji Al-Quran kita akan tahu apa yang Allah S.W.T akan suka…

Itu kisahnya apa yang dimaksudkan dengan mudahnya menjemput rezeki dari mencari…  Ilmu yang dikongsi amat bermanfaat untuk kita pelajari… Untuk makluman anda semua buku ini sedang laris dan mendapat permintaan yang tinggi dari semasa ke semasa..

Buku ini mempunyai 4 bahagian dan setebal 184 mukasurat juga mempunyai 40 bab.. Apa yang membuatkan buku ini menarik ialah beliau banyak berkongsi pengalaman sendiri mengenai rezeki…Antara isi kandungan dalam buku ini :

Bahagian 1: Apa Itu Rezeki?

BAB 1     Rezeki Bukan Sekadar Nampak Di Mata
BAB 2     Udara, Air dan Gunung Adalah Rezeki
BAB 3     Ilmu Adalah Rezeki
BAB 4     Kaitan Antara Usaha dan Rezeki
BAB 5     Harta & Rezeki
BAB 6     Allah sentiasa Membantu
BAB 7     Hubungan Rezeki dan Iman
BAB 8     Rezeki, Apakah Bertambah atau Tidak…?
BAB 9     Tangkal, Kayu dan Batu Azimat Menambah Rezeki..?
BAB 10     Kunci Rezeki

Bahagian 2: Menjemput Rezeki

BAB 11     Menjemput VS Mencari
BAB 12     Menjemput Rezeki Dengan Mengutamakan Solat
BAB 13     Menjemput Rezeki Dengan Solat Tahajud
BAB 14     Menjemput Rezeki Dengan Solat Dhuha
BAB 15     Menjemput Rezeki Dengan Zikir
BAB 16     Menjemput Rezeki Dengan Doa
BAB 17     Menjemput Rezeki Dengan Mendoakan Orang Lain
BAB 18     Menjemput Rezeki Dengan Sedekah
BAB 19     Menjemput Rezeki Dengan Membaca Al-Quran
BAB 20     Menjemput Rezeki Dengan Asma’ ul-Husna
BAB 21     Menjemput Rezeki Dengan Bersyukur
BAB 22     Menjemput Rezeki Dengan Tekun Berusaha

Bahagian 3: Cerita Menjemput Rezeki

BAB 23     Dibalas dalam 24 Jam!!
BAB 24     Ikhlas RM50, dibalas RM10,000
BAB 25     “Tolonglah Anak Saya, Ustaz”
BAB 26     Memberi Tanpa Syarat
BAB 27     Binatang Tidak Mampu Membalasnya
BAB 28     Daripada Hina Jadi Mulia
BAB 29     Berkat Belajar Al-Quran
BAB 30     Bos Hanyalah Posmen
BAB 31     Ikhtiar Rohani dengan Surah Yassin
BAB 32     Sebuah Keajaiban
BAB 33     Sedekah Si Penarik Beca
BAB 34     Sedekah sebagai Ubat

Bahagian 4: Apa Perlu Saya Buat Sekarang?

BAB 35     Ciptalah Impian Hari Ini
BAB 36     Bagaimana Membina Impian yang Seimbang..?
BAB 37     Ibu, Ibu Apa Khabar..?
BAB 38     Inilah Impian Kita
BAB 39     Strategi Ghaib
BAB 40     Bertaubatlah!!

Aku kenal seseorang yang tidak solat. Rumahnya besar, keretanya beberapa buah dan mahal-mahal pula. Anak-anaknya pandai-pandai belaka dan belajar tinggi. Rezekinya nampak banyak, walhal dia tidak solat. Tidak solat pun Allah beri rezeki yang begitu banyak?”

Itu antara kisah dan pengalaman beliau setelah ditanya oleh seseorang … Tetapi tentu anda pernah melihat atau mengalami seperti apa yang berlaku diatas.. Tidak solat atau menjaga hal agama, tetapi masih lagi berjaya dan kaya.. Insyaallah dengan buku ini anda akan dapat temui jawapan kepada persoalan diatas… Anda juga akan tahu beza antara orang beriman mencari rezeki dan orang yang tidak beriman mencari rezeki… Tidak rugi anda membeli buku ini… Ilmu yang dikongsi sangat bermanfaat dan bakal menghuraikan segalanya mengenai rezeki…

Berikut, sedikit  ulasan dari pembaca…

“Membaca buku ini akan menambah keyakinan kita. Sesungguhnya rezeki itu semuanya dari Allah. Menjemput rezeki akan menjadi sangat mudah dengan melakukan apa yang Allah suka.”

Ustaz Abdullah Fahmi
Juara Akademi Al-Quran Musim Pertama

“Masya-Allah, buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki’ memberi penerangan yang komprehensif kepada semua di luar sana yang sering ‘risau’ dengan rezeki mereka. Insya-Allah buku ini bakal membuka mata, minda dan mengubah persepsi anda mengenai ‘rezeki’ anda selama ini.”

Wardina Safiyyah
Pengacara TV3

Tidak perlu berlengah lagi, dapatkan buku ini sekarang kerana ia pasti membuatkan anda lebih mengetahui tentang rezeki yang datangnya  dari Allah S.W.T… Harga bagi buku ini ialah RM 18 untuk semenanjung dan RM 20 untuk Sabah dan Sarawak.. Harga tidak termasuk kos penghantaran.. Untuk urusan pembelian boleh ke www.tarikanrezeki.com

Pihak mereka juga sedang mencari pengedar berdaftar dan pengedar daerah untuk buku ini.. Jika ada orang berminat hendak memilikinya, boleh menghubungi Syed Mohd Saiful Ikhwan (013393 6460) www.syed-ikhwan.com atau terus beli secara online di www.tarikanrezeki.com

5,635 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam