Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Review yang kedua dari MB mengenai widget MX230 dari P1 Wimax.. Kali ini reviewnya menarik sedikit kerana MX230 berada di atas jalanraya..

Atas jalanraya?? Hehehe.. Semua dah tahu bahawa MX230 ini sebuah peranti Wifi kan.. boleh rujuk di ENTRI ini.. Dan apa yang menarik ialah anda boleh melayari internet dimana-mana sahaja.. Asalkan kawasan tersebut meliputi coverage area..

Kebetulan MB dan isteri ni memang kaki internet.. Bayangkanlah dalam kereta pun masih lagi nak online..Tak susah pun nak online dalam kereta.. Daripada nak online internet menggunakan Mobile internet yang dikenakan cas RM2 untuk sehari, baik MB gunakan MX230 ni..

MB selalu sesat atau tidak tahu jalan jika hendak ke tempat destinasi yang tidak pernah MB pergi.. Bayangkanlah semasa memandu di dalam kereta, nak tengok peta perlulah rujuk kepada Google Maps kan. Dan harus ada internet, jadi tidak sia-sia MB gunakan peranti MX230 ini, disebabkan ianya Wifi. Maklumlah MB tiada GPS jadi selalu rujuk jalan menggunakan Google Maps je.

Memang sangat mudahlah bila nak online menggunakan peranti MX230 dari P1 Wimax ini.. Kalau peranti kehabisan bateri, anda boleh cas menggunakan travel adaptor sama macam anda cas telefon bimbit anda di dalam kereta…
Jadi apa tunggu lagi, nak cuba online internet di dalam kereta di atas jalanraya. tukarlah kepada MX230 P1 Wimax ini. Hidup anda lebih mudah dengan peranti ini, segalanya di hujung jari anda.

4,163 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam