Pelancaran Laman Web TouristGuide.Com.My

Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

NETWORK TRAVEL TERBESAR DIDUNIA

Pada hari Khamis yang lepas bersamaan 24 November 2016, aku berkesempatan untuk menghadiri jemputan dari pihak TouristGuide.com.my sempena majlis pelancaran paling dinanti-nantikan iaitu percutian dalam talian laman web ( online travel portal ) secara rasmi di The Westin Hotel yang terletak di, Jalan Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan majlis dirasmikan oleh Encik Mohd Akhbal Setia iaitu Director Tourism Malaysia Kuala Lumpur.

c360_2016-11-24-14-21-31-139

Wakil-wakil dari TouristGuide.com.my, travel agensi pelancongan dan media menjadi sebahagian daripada acara telah hadir sebagai tanda sokongan untuk inisiatif dan usaha murni yang diambil oleh TouristGuide.com.my untuk membuatkan urusan travel yang lebih murah dan juga secara PERCUMA pada masa hadapan.

Acara bermula pada jam 3.30 petang dengan kehadiran artsi jemputan iaitu Akim AF dan diikuti oleh founder TouristGuide.com.my iaitu Mr Devan Kumar serta Encik Mohd Akhbal Setia iaitu Director Tourism Malaysia Kuala Lumpur.

Pada jam 4 petang, ucapan aluan dari Mr Devan Kumar yang menerangkan kepada para hadirin tentang TouristGuide.com.my, dan kemudian diikuti oleh ucapan dari Encik Mohd Akhbal Setia.

img-20161125-wa0016

img-20161124-wa0014

Seterusnya acara kemuncak yang ditunggu-tunggu iaitu perasmian lama web TouristGuide.com.my dan diikuti ucapan oleh YB Datuk Mas Ernieyati Binti Samsudin Timbalan Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia.

Majlis tamat pada jam 5 petang diikuti oleh sidang akhbar bersama media oleh Mr Devan Kumar dan Encik Mohd Akhbal Setia.

20161124_162753

img-20161125-wa0015

c360_2016-11-24-15-31-31-489

Tujuan TouristGuide.com.my ini diwujudkan ?

Masalah yang sering timbul apabila ingin bercuti ialah bajet, tapi kini ia tidak lagi akan merosakkan impian percutian anda atas pelancaran TouristGuide.com.my ini dimana ia menjadi platform untuk mencari hotel yang terbaik dan mampu milik, tawaran pelancongan yang mempunyai diskaun dan kemudahan kepada semua pelancong. Orang ramai boleh mendaftar secara percuma di website ini untuk mendapatkan mata yang tidak terhad yang boleh ditukar untuk tempahan hotel, tempahan penerbangan, perjalanan pakej dan perkhidmatan lain. ( mata ganjaran )

Acara ini membantu TouristGuide.com.my, untuk membawa industri pelancongan pada perlaksanaan idea baru dan inisiatif untuk perjalanan yang tidak memerlukan bajet yang besar dan juga secara PERCUMA. Acara ini akan menjamin kejayaan untuk membina Jaringan Travel terbesar di dunia kerana ia bukan satu rangkaian MLM tetapi ia adalah PERCUMA untuk sesiapa yang ingin menyertai rangkaian ini.

TouristGuide.com.my menyasarkan pangkalan data sebanyak 100,000 pelancong dari Malaysia dan akan berkembang ke negara-negara lain kerana mereka mempunyai 100,000 pengikut di Facebook dan lebih daripada 3,000 ahli sudah berdaftar setakat ini.

Jangan lupa untuk mendaftar sebagai ahli secara PERCUMA di laman web TouristGuide.com.my dan berita baik untuk pembaca sekarang ada promosi dari TouristGuide.com.my untuk destinasi percutian impian anda dan tawaran pakej sehingga 30 November 2016!

img-20161127-wa0010

img-20161127-wa0011

img-20161127-wa0012

img-20161127-wa0013

img-20161127-wa0014

Maklumat lanjut boleh hubungi :

 ​Infinity Vacation Sdn Bhd (1141826-T)
Suite A25-3A, Sentral Business Park,
Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang Selangor, Malaysia.

Office Line = 0387342802
Toll Free = 1800-38-3338

1,287 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam