Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Bertempat di ALOFT Hotel KL Sentral, telah berlangsungnya majlis pelancaran Peti Sejuk Mitsubishi Electric Folio JX / BX pada 20 September 2013.

MB telah dijemput untuk sama sama memeriahkan majlis pelancaran tersebut. Antara rakan blogger yang hadir ialah Bro Framestone, Deq Noor, Syukri Tahir, Kelly Chin & Isaac Tan. Ini merupakan event pertama MB bersama Mitsubishi Electric.

Pada majlis pelancaran, terdapat 2 jenis peti sejuk yang dperkenalkan iaitu Folio BX dan Folio JX. Rangkaian peti sejuk yang pintar dengan rekaan bergaya dan kapasiti simpanan yang lebih besar menerusi Smart Cube, Strukur Penebat Kepanasan Nipis Baru yang membolehkan rekaan pintu dan dinding peti sejuk yang nipis tanpa mengurangkan prestasi penebatan keseluruhan peti sejuk.

 

20130924-173952.jpg
2 Jenis Peti Sejuk Yang Dilancarkan

 


20130924-174010.jpg

20130924-174041.jpg
 

Peti sejuk tersebut menggabungkan ciri ciri terbaik dengan teknologi canggih, peti sejuk ini direka secara erganomik dan memaparkan ruang simpanan berguna, ruang pembeku berdiri kompak bebas fros dengan laci menggelongsor yang meminimumkan kehilangan udara sejuk dan laci pelbagai gunaan dengan pembahagi untuk menyimpan sayur sayuran.

Antara ciri ciri utama peti sejuk Folio BX dan Folio JX ialah:

– Vitamin Factory
– Pembuat Ais Automatik
– Pembekuan Lembut
– Penyah bau Anti Bakteria
– Rak Auto
– Penyeju Bukan CFC
– Smart Cube

 

20130924-174211.jpg


20130924-174225.jpg
 

20130924-174236.jpg


20130924-174247.jpg
 

Untuk makluman, majlis pelancaran ini dihadiri oleh para pengedar, pemaju,perunding, serta wakil Mitsubishi Electric dari Jepun dan pejabat serta kilang serantau.

 

20130924-174506.jpg


20130924-174519.jpg

20130924-174531.jpg

20130924-174547.jpg
 

Mitsubishi Electric Sales Malaysia berusaha memberikan produk berkualiti tinggi yang memenuhi pelbagai keperluan semua pengguna demi memastikan jenama Mitsubishi Electric dikenali dan dihargai oleh semua lapisan masyarakat malaysia.

 

3,549 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam