Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Philips sedang menganjurkan sebuah kempen online iaitu Project ‘+’ di seluruh Asia. Philips menjemput anda untuk mengikuti kempen ini dan menyuarakan pendapat anda tentang cara- cara bagaimana untuk mengaplikasikan kehidupan yang mesra dan serba sihat dalam tahun 2013.
Philips percaya bahawa semua golongan manusia haruslah hidup sihat. Philips adalah sebuah syarikat teknologi yang mementingkan kehidupan yang afiat. Philips menyampaikan innovasi yang bermakna dengan mencabar serta mendengar pendapat anda.
Project ‘+’ Philips membuktikan komitmennya dengan menyampaikan innovasi yang bermakna untuk memperbaiki kualiti kehidupan orang di Asia. Project ‘+’ bertujuan untuk membantu membina lestari yang sesuai dan sebuah persekitaran yang harmoni serta menggalakkan tabiat pemakanan yang sihat. Philips juga ingin mewujudkan cara hidup yang berpatutan dalam semua aspek kesihatan dengan cara yang mudah dan berkesan untuk menghindari penyakit kronik.
Terima kasih juga kepada Philips kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai kempen ini dan berkongsi dengan orang ramai mengenai cara gaya hidup yang sihat.
Oleh itu bagi saya sendiri, untuk tahun 2013 ini terdapat beberapa cara atau langkah untuk saya amalkan gaya hidup yang sihat. Setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk menjalani cara hidup yang sihat supaya dapat memberi kebaikan terhadap diri sendiri mahupun keluarga. Terdapat banyak cara yang dapat diamalkan sebagai gaya hidup sihat antaranya jaga pemakanan, bersukan, senyum dan banyak lagi. 
Beberapa cara yang saya amalkan untuk tahun 2013 ini supaya hiudp jadi lebih sihat:
1. Amalkan minum air suam

Tahukah anda? Minum air suam atau masak dapat membantu badan mengeluarkan toksin yang tidak diperlukan didalam badan selain membantu mendapatkan kulit yang sihat. Tubuh badan manusia memerlukan sekurang-kurangnya 7500 liter air setiap hari bagi mengekalkan keseimbangan suhu badan. Ini kerana, tubuh badan akan kehilangan banyak air dalam badan kesan daripada proses perkumuhan jika kita rajin bersukan. 
2. Makan yang mencukupi

Makan dengan cukup tetapi tidak berlebihan, sebaliknya makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Cara pemakanan yang betul serta diet seimbang amat penting bagi memastikan stamina sentiasa baik. Tubuh badan  memerlukan makanan yang mencukupi dan berkhasiat seperti banyakkan vitamin, karbohidrat dan kurangkan pemakanan yang tidak sihat seperti lemak. 
3 Kurangkan tekanan
Meluangkan masa bersama keluarga amat diutamakan bagi saya sekiranya mempunyai masa yang terluang. Ukwah yang terjalin rapat dapat menghilangkan rasa penat setelah seharian berada di pejabat. Disamping itu, setiap hari minggu saya banyak menghabiskan masa bersama-sama rakan-rakan seperti melakukan aktiviti futsal, badminton dan beriadah.
Dengan aktiviti sebegini saya dapat dapat menghilangkan tekanan yang dihadapi di pejabat ataupun di luar.  Terdapat banyak punca yang menyebabkan seseorang itu menghadapati tekanan samaada tekanan di pejabat, rumah, sekeliling dan sebagainya. Menurut pakar kaunseling, terdapat banyak cara untuk menghadapi masalah ini antaranya, mendengar mendengar muzik yang lembut seperti nasyid atau mengamalkan bacaan zikir bagi orang islam.   
4 Senaman
Pakar gaya hidup sihat mencadangkan kita melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu 30 puluh minit sudah memandai bagi mereka yang sibuk dengan aktiviti tersendiri.  Senaman adalah baik untuk mengeluarkan peluh disamping mengeluarkan toksik yang tidak di ingini oleh badan. Jika berkesempatan, setiap hujung minggu saya akan melakukan ‘jogging‘.
5 Jauh rokok
Rokok mengandungi lebih dari empat ribu zat- zat dan dua ribu diantaranya ternyata tidak baik untuk kesihatan seperti bahan rediaaktif ( palonium-201 ), tar, gas beracun dan banyak lagi. Bagi mereka yang sudah menghadapi ketagihan, pelbagai-bagai penyakit seperti kanser paru-paru, jantung dan sebagainya. Alhamdulillah saya tidak terlibat dengan aktiviti merokok ini secara tidak langsung saya dapat menghindari penyakit yang datang dari rokok dan mengurangkan risiko penyakit-penyakit berbahaya.
Itu serba sedikit bagaimana saya mengamalkan beberapa gaya hidup sihat untuk tahun 2013 ini, In Syaa Allah. 5 cara- cara bagaimana untuk mengaplikasikan kehidupan yang mesra dan serba sihat dalam tahun 2013. Saya juga yakin dan pasti anda di luar sana juga ada cara tersendiri untuk menjadi lebih sihat malah ianya mungkin lebih berkesan.
RAKYAT SIHAT NEGARA MAJU

Cara Undian

Mohon undian/vote dari rakan-rakan blogger dan pembaca untuk vote saya dalam kempen Philips Project ‘+’ ini. Mudah sahaja hanya share ‘Pledge‘ saya ini di :
1. Klik LINK INI – Pastikan nama tertera ialah Melastik 
2. Paparan seperti ini akan keluar – Klik ‘ Share to vote


12,042 total views, 8 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Gaya hidup sihat tu mmg amat penting.

    Bab merokok tu, kalau kita bukan perokok, kena juga jauhkan diri dr asap rokok yg amat bahaya tu

    Good luck bro!

    Ambe share mana yg mampu =)

  2. good luck beb , dah vote , tak tau la betul ke tidak ….

    apa pun malaysia ni dah ramai org tak sihat , sedar2 tapi malasnya nak bersenam .. mood bersenam sila datang pada mama bee ahaks..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam