Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Program Kemasyarakatan

Sentuhan Kasih Deepavali Di Kg.Wellington Bersama Petronas
Pada 24 November 2012, MB dan rakan blogger yang lain telah menyertai satu program kemasyarakatan dimana kami menjadi sukarelawan berserta  pasukan sukarelawan Team PETRONAS  untuk menjayakan satu program yang dianjurkan oleh Petronas iaitu Sentuhan Kasih Deepavali Di Kg.Wellington yang terletak di Perak.
Program ini lebih kepada program bergotong royong bersama penduduk dan sebelum ini program seperti ini juga telah dilakukan di Kg Orang Asli Bukit Kala, Gombak pada 12 Julai 2012. 
Objektif Program Sentuhan Kasih

Program Sentuhan Kasih ini bertepatan dengan sambutan Hari Deepavali oleh masyarakat India yang dikaitkan dengan Cahaya kemenangan kebaikkan mengatasi kejahatan. Objektif program Sentuhan Kasih ini bertujuan untuk meraikan semua lapisan masyarakat seperti anak-anak yatim, golongan miskin dan kurang upaya semasa musim perayaan.
Seperti yang diberitahu, kami dikehendaki berkumpul di pintu masuk Menara KLCC pada jam 5.30 pagi. Cuaca pada awal pagi tersebut tidak begitu baik dimana hujan turun dengan lebat.Ianya sedikit sebanyak merencatkan perjalanan MB ke destinasi berkumpul. Mahu atau tidak MB teruskan juga pergi walaupun hujan sedikit lebat demi melakukan sesuatu untuk masyarakat.
Setibanya di destinasi berkumpul, hujan masih lagi tidak berhenti. Rasanya MB orang paling awal tiba di tempat berkumpul dan 20 minit selepas itu barulah kelihatan blogger lain.
Antara rakan blogger yang hadir

Menuju Destinasi
Setelah semua sukarelawan sudah hadir, kami memulakan perjalanan ke destinasi pada jam 7.00 pagi dengan menaiki Bas Kopetro.
Bersiap untuk bertolak
Para sukarelawan
Sepanjang perjalanan hujan turun dengan lebat, dengan sistem penghawa dingin yang sejuk memang seronok untuk melelapkan mata seketika. Untuk sampai ke destinasi berlaku sedikit masalah iaitu kami tidak jumpa lokasi Kg.Wellington, setelah bertanya dengan orang akhirnya jumpa juga destinasi tersebut, kawasan kampungnya agak ke dalam sedikit dari jalan besar.
 Kg.Wellington
Ketibaan Sukarelawan

Kami tiba lebih kurang pada jam 11.00 pagi dan disambut oleh staf PETRONAS yang telah pun berada disana lebih awal. Sebelum itu seramai 40 pelajar Universiti Teknologi Petronas telah pun berkampung di Kg. Wellington sejak awal pagi untuk melaksanakan gotong royong membersihkan kampung, memulih dewan orang ramai yang mengalami masalah bumbung bocor dan usang dengan membina bilik stor, pemasangan pembesar suara dan kemudahan-kemudahan lain.
KetibaanSukarelawan
Kawasan kampungnya agak kecil terdiri daripada 3 buah lorong sahaja. Sampai sahaja disana, tanpa melengahkan masa kami diberi penerangan oleh staff PETRONAS mengenai apa yang perlu kami lakukan. Seterusnya kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan MB terdiri daripada blogger AkuBiomed, Ariff Shah, Shakiddo, Yana Yassin, Eazy Izzuddin dan Mike. Kami ambil peralatan seperti penyapu, penyodok sampah, penyodok longkang dan pongkes dan terus membersihkan kawasan yang telah diberikan.
Sukarelawan mendengar penerangan
Sukarelawan Yang Turut Membantu
Ringkasan Aktiviti  Program Sentuhan Kasih
  • Ceramah kesedaran penyalahgunaan Dadah oleh Pengasih dan Bulan Sabit Merah Malaysia
  • Aktiviti untuk anak-anak kampung Wellington.
  • Acara menghasilkan kuih tradisi masyarakat India iaitu Masala Vadai dan Ulutham Vadai.
  • Mengecat dinding dewan orang ramai kampung Wellington oleh VIP.
  • Pengagihan bantuan kepada 142 keluarga miskin dari daerah Manjung.
  • Tarian Indian Alla Rippu yang ditarikan oleh pelajar Universiti Teknologi Petronas.
  • Melukis Henna.
  • Penghasilan Kolam.
  • Pameran mini.

VIP Yang Hadir
Antara tetamu VIP yang hadir pada Program Sentuhan Kasih ini ialah Datuk Mohammad Medan Abdullah, Pengurus Besar Kanan Kumpulan Hal Ehwal Korporat Kumpulan PETRONAS, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim, Naib Canselor UTP , Datuk Chang Ko Youn, Penasihat Mentri Besar Perak, M. Paramasivem, Ketua Kampung Wellington dan Pegawai Daerah Manjung.
Selepas penat membersihkan kawasan kampung, para sukarelawan berehat seketika untuk menghilangkan dahaga. Acara seterusnya ialah acara perasmian program dimana VIP, Datuk Mohammad Medan Abdullah, Pengurus Besar Kanan Kumpulan Hal Ehwal Korporat Kumpulan PETRONAS dan Datuk Dr Abdul Rahim Hashim, Naib Canselor UTP mempelajari bagaimana membuat kuih tradisional masyarakat India iaitu kuih Vadai dan Ulundu Vadai. Walaupun berlainan bangsa dan agama tetapi ia tidak menghalang kita sebagai rakyat Malaysia mempelari tradisi dan  budaya kaum lain. Kerana itulah Malaysia di kenali sebagai negara berbilang kaum, agama dan bangsa.
Datuk Dr Abdul Rahim Hashim
Datuk Mohammad Medan Abdullah

Penduduk Kg Wellington Menunjukkan
Cara Membuat Kuih Tradisional

Para VIP Mencuba Kuih Yang Dibuat
Kuih Tradisional Masyarakat India

KuihVadai
Kuih Ulundu Vadai
Aktiviti Mengecat Dewan

Kemudian acara diteruskan lagi dengan aktiviti mengecat dewan serbaguna di Kg.Wellington. Begitu bersemangat para VIP yang hadir membantu dan melaksanakan aktiviti program tersebut, satu contoh dan teladan yang baik kepada orang ramai. 
Para VIP bertungkus lumus mengecat dewan

Sesi Berucap VIP

Setelah selesai dengan aktiviti mengecat dewan, para VIP dijemput ke khemah untuk acara seterusnya iaitu sesi berucap. Ucapan dimulakan dengan Pegawai Daerah Manjung dan diikuti pula ucapan dari Datuk Mohammad Medan Abdullah sempena program kemasyarakatan ini.
Pegawai Daerah Manjung
Datuk Mohammad Medan Abdullah
Seterusnya acara kemuncak iaitu pengagihan bantuan kepada 142 keluarga miskin daerah Manjung dari pihak PETRONAS. Bertepatan dengan objektif program ini iaitu membantu golongan anak-anak yatim, golongan miskin dan kurang upaya. Satu usaha murni dan cukup prihatin yang harus diberikan pujian.
Datuk Dr Abdul Rahim Hashim
Menyampaikan Sumbangan

VIP bergambar bersama penduduk Kg. Wellington
Tidak lupa juga penyampaian cenderahati kepada Pegawai Daerah Manjung, dan Penasihat kepada Menteri Besar Perak iaitu Y. Bhg. Dato’ Chang Ko Youn.
Y. Bhg. Dato’ Chang Ko Youn
Pegawai Daerah Manjung
Setelah itu, program diteruskan lagi dengan persembahan dari pelajar-pelajar Universiti Teknologi  Petronas dengan tarian tradisional masyarakat India iaitu Tarian Alla Rippu. Persembahan tarian daripada pelajar-pelajar Universiti Teknologi Petronas. Terkasima dibuatnya bila MB melihat gerakan tarian tersebut. Para penari terdiri dari pelbagai bangsa, mereka  bersatu dalan irama dan tarian tradisional India ini.
Para Pelajar Universiti Petronas

Penduduk Kg Wellington

Kata salah seorang penduduk Kg Wellington, Puan Kamala, beliau amat berterima kasih kepada pihak PETRONAS kerana memilih Kg Wellington sebagai kawasan untuk Program Sentuhan Kasih ini. Beliau amat gembira kerana ada pihak yang masih lagi prihatin terhadap masyarakat mereka dan kampung mereka, katanya sewaktu ditemuramah.  Beliau juga merupakan tukang masak kuih tradisional yang mengajar para VIP cara membuat kuih Vadai semasa program tersebut.

Puan Kamala amat terharu dengan
adanya Program Sentuhan Kasih ini.

Penyertaan Pelajar Universiti Teknologi Petronas

MB sempat juga berbual dengan salah seorang pelajar Universiti Teknologi Petronas iaitu Saraswathi Devi, katanya beliau amat teruja bila diberi peluang untuk menyertai dan turut serta di dalam Program Sentuhan Kasih ini. Beliau amat teruja untuk bersama-sama membantu golongan miskin dan masyarakat di Kg Wellington. Beliau juga merupakan salah seorang penari Tarian Alla Rippu.

Saraswathi Devi amat teruja menyertai
Program Sentuha Kasih ini.
Jamuan Program Sentuhan Kasih

Sebelum program selesai, para VIP dan penduduk dijemput untuk sesi makan bersama, setelah penat bergotong royong dan membanting tulang dalam cuaca yang agak panas. 
VIP Yang Hadir
Rakan Blogger Yang Turut Serta
Penghujung Program Sentuhan Kasih

Program ini berakhir lebih kurang pada jam 1.00 tengahari, dan kami sukarelawan yang terlibat bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Lumpur.  Seronok dan puas rasanya bila dapat melakukan sesuatu yang berfaedah untuk masyrakat. Walaupun kami seorang blogger, tetapi tanggungjawab terhadap masyarakat tidak pernah kami lupakan walaupun terpaksa meredah perjalanan yang lama, bergotong royong, membantu membersihkan kawasan kampung dan merasai suasana kehidupan masyakat Kg. Wellington.
Sesi bergambar sukarelawan terdiri dari blogger
Usaha Murni Petronas
Perlaksanaan Program Sentuhan Kasih ini membolehkan pihak PETRONAS dan individu lain mendekatkan diri dengan masyarakat kampung dan membantu golongan anak-anak yatim, golongan miskin dan kurang upaya. Program ini dianjurkan bagi meraikan dan menghulur bantuan kepada golongan yang memerlukan terutama sempena musim perayaan.
Sesungguhnya program seperti ini dapat memupuk dan meningkatkan semangat sukarela di kalangan warga kerja PETRONAS dan individu di luar selain berkesempatan untuk mereka berinteraksi dengan masyarakat tempatan. Syabas dan Tahniah kepada warga Petronas kerana berjaya menganjurkan program kemasyarakatan dan program amal ini.

3,525 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Satu usaha murni blogger boleh menyampaikan mesej positif kepada masyarakat. Program seperti Sentuhan Kasih dan Sentuhan Harapan yang dianjurkan oleh pihak Petronas boleh membantu golongan miskin dan kurang upaya untuk meringankan beban mereka pada sama seperti orang lain ceria di musim perayaan.

    1. betul tu saudara akubiomed.. saya turut rasa berbangga kerana diberi peluang untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan.. walaupun hanya dengan sedikit keringat tapi alhamdulillah ia berbaloi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam