Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Apa Yang Best Sangat Dengan Propsocial ?

Dah lama #EjenKacak tak update blog tentang hartanah kan ? Mesti korang terindu-rindu dengan artikel abang kan.

Ok, hari ni abang nak kongsikan dengan korang kat luar sana tentang satu website sosial hartanah. Apa tu website sosial hartanah ? Contoh seperti Mudah.my, DurianProperty, Propwall dan banyak lagilah.

Korang pernah dengar nama PropSocial ? Ha! Ada yang pernah dengar kan, malah ada yang langsung tak pernah dengar langsung.

Sedikit pengenalan tentang PropSocial :

PropSocial ialah laman web sosial hartanah interaktif untuk pembeli, pelabur, penjual dan penyewa hartanah di Malaysia. Laman web ini membolehkan pengguna berinteraksi untuk:

• Menyelesaikan masalah tentang pencarian hartanah di Malaysia
• Bertanya tentang kebimbangan berkenaan hartanah
• Mendapatkan nasihat dari pakar-pakar hartanah di Malaysia
• Mencari lokasi pelaburan hartanah terbaik

PropSocial juga merupakan laman web pertama di Malaysia yang menggunakan khidmat komuniti sebagai tunjang untuk para pengguna mendapatkan pandangan & pendapat melalui pengalaman penduduk sebenar tentang kawasan hartanah pilihan mereka. Ini salah satu fungsi yang amat menarik kalau dibandingkan dengan website sosial hartanah yang ada di Malaysia.

Kenapa korang perlu menggunakan PropSocial?

Sebenarnya abang sendiri faham perasaan korang nak mencari hartanah idaman. Malah abang sendiri pun mengalaminya dan kebetulan abang pun berurusan dalam dunia jual beli hartanah. Sudah tentulah abang memahami perasaan mereka.

Mencari hartanah yang sesuai boleh menjadi satu proses yang panjang dan membosankan. Cabaran utama pembeli hartanah adalah bahawa mereka tidak diberi bimbingan yang betul yang mereka perlukan, terutamanya semasa peringkat kajian awal sebelum memutuskan hartanah mana yang sesuai untuk dibeli. Antara cabaran yang biasa seperti:

• Senarai rawak oleh portal hartanah
• Data yang diberikan tidak mencukupi tentang hartanah
• Tiada maklumat tentang kejiranan sekitar
• Ejen hartanah tidak bertauliah
• Proses pembelian yang lambat

Bagaimana PropSocial membantu pembeli hartanah?

Ini adalah sebahagian daripada ciri-ciri PropSocial yang telah dibina untuk membantu pembeli serta memudahkan urusan jual beli hartanah :

1) News Feed

Ciri News Feed di PropSocial membolehkan pengguna untuk mengikuti perkembangan kejiranan pilihan mereka termasuk menerima kemas kini segera pada bahagian news feed mereka. Antara data yang dipamerkan dalam kemas kini terdiri daripada:

• Hartanah untuk dijual atau sewa
• Penilaian harta
• Ulasan topik perbincangan di kejiranan yang dipilih yang pengguna

PropSocial adalah yang pertama daripada semua portal hartanah Malaysia untuk mempunyai ciri ini, yang akan menambah informasi tentang kejiranan tersebut

2) Kejiranan & Maklumat terperinci hartanah

PropSocial menyediakan maklumat yang tepat dan menyeluruh mengenai kawasan kejiranan atau hartanah dalam gaya infografik untuk memudahkan pengguna. Maklumat yang dipaparkan termasuk:

• Lot letak kereta bagi setiap unit
• Yuran penyelenggaraan
• Kebenaran membawa haiwan peliharaan
• Jumlah bilangan tingkat & blok kediaman
• dan banyak lagi.

3) Topik Perbincangan & Artikel Terkini

Topik perbincangan PropSocial ini adalah ciri utama yang merapatkan jurang antara pembeli dan penjual, serta menyediakan tapak untuk pengguna menyuarakan pendapat. Pengguna juga berpeluang untuk mendapatkan nasihat percuma dari pelabur hartanah berpengalaman atau ejen didalam topik perbincangan. Topik perbincangan juga direka supaya menjadi mesra pengguna untuk semua peringkat umur, serta datang dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.

Semak topik perbincangan PropSocial di http://www.propsocial.my/discussions

Pasukan editorial PropSocial juga kerap menyumbangkan artikel mengenai berita terkini yang berkaitan dengan hartanah dan artikel bermaklumat untuk mendidik pembaca tentang pasaran hartanah di Malaysia. Semua artikel yang disiarkan turut dikongsi melalui saluran media sosial mereka di https://www.facebook.com/propsocial/. Artikel-artikel ini boleh didapati dalam bahasa Inggeris dan Cina.

Semak artikel PropSocial di: http://www.propsocial.my/discussions/editors_choice

4) Rating & Review

Ciri ‘Rating & Review’ PropSocial ini adalah seumpama ‘Tripadvisor’ untuk pasaran hartanah. Ciri ini membolehkan penilaian terbuka dan jujur berkenaan hartanah, kawasan-kawasan perumahan dan ejen. Setiap penilaian dan ulasan akan disahkan sebelum disiarkan untuk menghalang “spam” dan penyalahgunaan.
Ciri ini telah dibina untuk membantu pembeli bagi mendapatkan data seperti:
• Pendapat jujur dan komen mengenai harta atau kejiranan oleh komuniti disana

• Kadar jenayah yang dilaporkan
• Samada kawasan itu berhantu!
• Masalah sesama jiran

Pengguna yang telah menggunakan perkhidmatan daripada agen hartanah tertentu melalui PropSocial juga boleh menilai dan menyemak kualiti agen. Ini adalah untuk membantu pembeli harta lain membuat penilaian yang lebih baik dalam membuat keputusan memilih agen hartanah mereka.

5) Pencarian Pintar

Ciri carian adalah elemen yang paling penting untuk mana-mana laman web dan adalah perkara pertama yang anda akan lihat apabila anda log masuk ke laman web PropSocial ini. Semasa proses carian, PropSocial menyediakan cara yang paling mudah untuk memenuhi kriteria dan keperluan pengguna setepat yang mungkin, supaya ia mengurangkan masa penyelidikan mereka.

Berikut adalah beberapa penapis carian semasa PropSocial:

i) Lokasi / Hartanah
ii) Kategori
iii) Harga
iv) Saiz kediaman
v) Pembangunan baru atau subsale
vi) Aspek utama: Kebersihan, Keselamatan, Ketenangan & Kebersihan
vii) Harga dibawah / diatas nilai pasaran
viii) Hartanah Berdekatan berdasarkan Stesen LRT dipilih
ix) Bilangan bilik tidur & bilik air
x) Kebenaran untuk haiwan, Parking & Kemudahan lain

6) Kedudukan Iklan / Sistem Skor

PropSocial telah berjaya mencipta ekosistem baru dan menyelesaikan cabaran yang anda hadapi.
Iklan PropSocial dinilai berdasarkan sistem skor dan algoritma dengan mengambil kira kualiti agen perkhidmatan (dinilai oleh pembeli hartanah) dan kualiti iklan mereka. Algoritma kedudukan iklan adalah berdasarkan pelbagai kriteria.

Sistem PropSocial juga akan dapat mengesan iklan yang mempunyai salinan dan akan memberi kesan terhadap ranking. Ia tidak lagi semata-mata berdasarkan tarikh yang klasifikasi iklan disiarkan. Selain itu, pengguna juga boleh melaporkan iklan “spam”. Ini akan membantu pihak PropSocial untuk menghapuskan agen yang tidak bertanggungjawab dan membantu pembeli mendapatkan penyenaraian berkualiti.

Apakah kriteria yang menentukan kedudukan iklan dalam PropSocial?

a) Kualiti Senarai

– Bilangan gambar yang disediakan
– Penerangan hartanah secara tepat dan terperinci
– Butiran dan informasi tepat tentang hartanah
– Penambahan unit (Unit lain yang ditambah dalam hartanah yang sama dalam iklan adalah untuk menggalakkan ejen untuk menggunakan fungsi ini dan bukannya membuat iklan salinan)

b) Kedudukan Agen

– Penilaian pengguna terhadap agen
– Maklumat profil agen yang sempurna
– Nombor telefon bimbit yang disahkan
– Jumlah bilangan penyenaraian agen
– Status laporan unit apabila ia telah dijual
c) Kualiti sumbangan melalui ulasan atau topik perbincangan

Untuk lebih info terperinci pada ciri ini, sila lawati: http://www.propsocial.my/topic/678/propsocial-classified-ads-ranking-score-system-posted-by-propsocial-editor

7) Peta Hartanah Interaktif

PropSocial menggunakan peta interaktif yang terletak pada setiap halaman hartanah, yang membolehkan pengguna untuk mendapatkan idea tentang hartanah sekitar dan kemudahan yang disediakan dengan pantas. Dengan hanya menuding tetikus pada pelbagai ikon, pengguna akan dapat melihat jarak antara hartanah yang dipilih dan hartanah lain yang telah diplotkan dalam peta.

Ciri lain yang terdapat di atas peta adalah ‘Layer Traffic’ untuk mengetahui keadaan trafik pada masa sebenar, dan ‘View Street’ yang menyediakan pengguna dengan 360˚ pandangan penuh hartanah yang mereka pilih. Yang paling penting, pengguna juga boleh mengira jarak dari hartanah mereka ke destinasi lain dengan maklumat mengenai jarak, masa, arah dan laluan bagaimana untuk sampai ke sana.

8) “I’m Interested” / Hantar keperluan Anda

PropSocial melakukan kerja rumah anda untuk mencari agen hartanah yang terbaik dan boleh dipercayai untuk membantu anda untuk membeli, menjual atau menyewakan hartanah anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah memberi keperluan anda secara tepat:

i) Pilihan lokasi / hartanah
ii) Bajet
iii) “Landed” / “Apartment” / Jenis hartanah
iv) Bilangan bilik tidur & bilik air
v) Jumlah Parking Lot
vi) Beli / Sewa
vii) Dan banyak lagi

Pengesahan telefon akan dilakukan untuk setiap permintaan yang dikemukakan untuk mengelakkan “spam” atau penyalahgunaan. PropSocial kemudian akan menghantar pertanyaan anda kepada agen yang sesuai dan akan membantu anda mencari padanan hartanah yang terbaik. Pembeli rumah atau penjual akan dapat menilai dan mengkaji semula agen perkhidmatan mereka apabila selesai transaksi.

Fuh! Macam mana ? Sudah jelas tentang PropSocial ini ? Faham konsep yang cuba diketengahkan ?

Jadi apa tunggu lagi! Burulah hartanah idaman korang sekarang di PropSocial !!

1,251 total views, 6 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam