whmcslogo

WordPress adalah sangat mudah untuk digunakan, anda hanya memerlukan beberapa jam untuk memahami perjalanannya (melalui seminar yang kami jalankan). Selain itu, terdapat banyak sumber tutorial, template percuma, plugin percuma yang anda boleh gunakan atau perolehi. Ini memudahkan lagi pengurusan laman WordPress anda untuk apa tujuan sekalipun.

WordPress juga secara asasnya sudah mesra enjin carian (SEO), ditambah dengan template yang baik, plugin yang bagus, tahap SEO laman WordPress anda akan meningkat secara mendadak, tanpa perlu bersusah payah untuk mengubahsuai template atau theme anda sendiri.

Eizil Network juga menyediakan perkhidmatan ubahsuaian dan pertanyaan sekiranya anda menghadapi apa-apa masalah dan sekiranya anda merupakan pelanggan Saleiz Webhosting, bantuan untuk pelbagai masalah biasanya akan diberikan secara percuma (selagi tidak melebihi had yang ditetapkan).

Bersama dengan ini, kami ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama dengan kami menggunakan platform WordPress, terdapat promosi khas yang pihak Eizil Network sediakan untuk sesiapa yang berminat untuk berpindah dari Blogspot ke WordPress, atau sekadar ingin bertukar hosting dengan kami.

Anda hanya perlu menggunakan kupon PINDAHWP semasa membuat pesanan di Saleiz Webhosting untuk mendapatkan perkhidmatan pindah blogspot ke WordPress secara percuma. Anda juga layak untuk mendapatkan perkhidmatan Sekuriti WordPress dengan separuh harga (50% diskaun) dari harga asal. Domain percuma juga disediakan untuk pendaftaran pakej Silver* (tahun pertama) dan pakej Platinum (percuma selama anda melanggan pakej ini)

Saleiz Webhosting
Saleiz Webhosting

BUTTON

Artikel Rujukan :

Comments

  1. Dulu time survey which webhosting yang bagus, ade include kan saleiz ni… tapi sebab tak boleh nak contact dieorang (website contact form tak function, website tak berupdate, website tak user friendly, twitter blerghhh) terus tak jadi. Harga nampak memang best, tapi kalau tak boleh nak contact nak survey, nak tanye pape (bagi kami yang tak kenal ownernye lagi) pun tak gune jugak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam