melastik Bintang biografiMelastik Bintang merupakan nama pena bagi MB. Kenapa? Sebab nama tu macam unik dan memberi maksud pada MB. Melastik menggambarkan segala usaha MB untuk mencapai matlamat dan keinginan MB. Usaha digambarkan sebagai Lastik, manakala matlamat pula digambarkan sebagai Bintang.

MB mula berblog pada tahun 2009 dengan menggunakan platform yang sama iaitu Blogspot. Dikala itu ianya sekadar suka-suka dan MB jadikannya lebih kepada diari hidup. Meluahkan isi hati di atas blog tanpa dibaca oleh sesiapa pun. Boleh dikatakan sebagai blog peribadi.

Tetapi perjalanan menulis blog ketika itu terhenti dalam masa yang agak lama kerana waktu itu MB belum ketemu erti seorang Blogger sebenarnya dan kepuasan menulis sebuah artikel. Pada waktu itu juga MB mempunyai waktu yang agak terhad. Akhirnya blog itu sudah mula MB lupakan dan blog itu terkubur begitu sahaja.

Pada 2012, MB mula kembali mengaktifkan dunia blog dengan membuat blog baru atas nama miorhafis.blogspot.com dan blog bernama Melastik Bintang dan sekarang Melastik Bintang sudah mempunyai domain sendiri iaitu www.melastikbintang.com. 

Blog Melastik Bintang menfokuskan  isu-isu ‘Parenting‘ iaitu kekeluargaan dan gaya hidup serta informasi dari penulis. Sesuai dengan ‘Niche‘ blog ini sendiri.

My Google+ Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam