Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

terjah,blog, blog terjah
Sumber dari Blog Nas Ahmad 
Blog paling popular… Pasti ada kategori atau ciri-ciri yang membuat ianya popular… Mungkin dari segi  Alexa Rank, Traffic, SEO, SERP dan lain-lain…
Nak cerita pasal blog popular MB tak reti pula nak kategorikan blog mana yang popular…silap dikategorikan takut ada yang terasa atau makan hati.. takut tuan punya blog makan hati dengan kita pula..hehehe..
Oleh itu, MB tidak akan senaraikan blog yang popular….Tetapi……
MB nak senaraikan 6 Blog Wajib MB Terjah…..tak kira apa jenis ‘niche‘…. Antara blog yang MB akan blogwalking….
– Siapa yang tak kenal dengan Denaihati.. Blog yang mantap dan informasi yang menarik dikongsikan..  Antara Top 5 blog di Malaysia… Dengan projek waktu solat beliau… Ramai blogger telah gunakan widget tersebut…Penyokong setia The Gunners…Antara segmen menarik yang MB ikuti ialah Kisah Secebis Hati iaitu pengalaman Penderma Hati, Ahmad Khariri… Memenangi Blog Of The Year MSMW2012…
– Graduan Business Administration…Boleh tak kalau MB gelar beliau Project Blogger..hehehe.. Blogger yang penuh dengan project… Beliau banyak menjemput rakan blogger ke event-event besar… Tetapi ada syaratnya..hahaha… Membantu blogger lain menimba pengalaman yang menarik… Segmen menarik yang MB terjah  ialah Bro Tanya Korang Jawap….
– Blogger yang pertama yang aku PM… dan bersembang dengan beliau.. hehehe… MB sukakan konsep Minimalize yang diterapkan dalam blog beliau.. Dan gambar hasil bidikan beliau yang menarik… Juga tatacara bahasa  yang digunakan dalam entri beliau….
– Blogger Selebriti.. Pasti semua kenal dengan penyanyi kumpulan Umbrella ini.. Dengan blog yang menceritakan kisah hidup dan travel log beliau… Boleh jadikan panduan untuk pembaca yang ingin melancong… Pernah memenangi Malaysia International Celebrity Blog Award
– Bro Eizil… Seorang web developer.. bak kata abang ensem “dia tu hackers“.. hehehe… Dengan tagline blog iaitu “Rencah Kehidupan“… Banyak kisah-kisah menarik dijadikan panduan dan peringatan kepada pembaca.. Blogging contest beliau yang cukup meriah dan mendapat sambutan…
– Nama pun dah ensem.. haha.. Salah seorang blogger yang aku pernah berjumpa.. ngeteh bersama.. Blog yang ber’niche‘kan tentang hartanah… dan E-book beliau… Sebagai panduan kepada pembaca yang ingin membeli rumah ataupun bergelumang dengan dunia hartanah….

Itu senarai 6 Blog Wajib MB Terjah ..Kalau MB tak tinggalkan komen pun, MB akan selak-selak entri mereka..Mana tahu akan jumpa sesuatu ilmu yang berguna… Boleh dikongsikan bersama rakan-rakan..
Blogwalking ni dapat hilangkan stress di waktu kerja…. Kalau ada program Terjah macam Nas Ahmad pun best juga….
Nantikan 6 Blog Wajib MB Terjah – 2 pula… Coming soon….. Mana tahu blog anda akan turut tersenarai…

1,792 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam