Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah bertempat di Axis Atrium Shopping Complex Ampang, satu sesi perjumpaan Blogger Coffee Talk telah berjaya diadakan pada 24 Feb 2013 tempoh hari. Perancangan yang bermula secara tidak rasmi di laman buka buku antara beberapa orang blogger, terdetik dari perkara itu MB merancang dan ingin mengadakan Blogger Coffee Talk ini khusus untuk rakan-rakan Blogger.

Sesi Coffee Talk di Restoran Penang Village
Tujuannya adalah untuk kumpulkan rakan-rakan blogger lain dan sama-sama berkongsi pendapat, berkongsi tips dan info dan ilmu dalam dunia blog dan fotografi. Kalau diikutkan untuk membuat aktiviti seperti ini memang agak sukar kerana dibatasi waktu. Maklumlah blogger ada komitmen lain juga lebih-lebih lagi pada hari minggu. Syukur ianya tetap berjalan walupun tidak ramai yang hadir tetapi untuk pengetahuan semua  jalinan persahabatan antara kami bermulanya dari pertemuan inilah. Siapa kata kalau tidak ramai, aktiviti tidak meriah?? MB menyangkal dakwaan itu, bagi MB tidak kira samada yang hadir itu bilangannya ramai atau tidak ia tetap boleh berjalan dengan lancar dan gembira jika kita sama-sama berkongsi pengalaman dan pendapat. Itu objektif utama mengapa MB buat event  seperti ini.

Nota Manual DSLR  dari Blogger Azman Ismail
Blogger Azman Ishak dan Latifah Bee
Sesi Temuramah Blogger Profile  dengan Azman Ismail
Dah macam sesi photoshoot artis pula rasanya
Latifah Bee ditemuramah Azman Ismail
Kita hanya kenal melalui alam siber dan dunia blog selama ini tetapi tidak berkesempatan untuk merapatkan jalinan ukhuwah antara kita sesama blogger. Jadi inilah yang terbaik MB boleh lakukan iaitu membuat satu aktiviti yang mengumpulkan rakan-rakan blogger yang berdekatan untuk sama-sama berjumpa. Antara rakan blogger yang hadir pada Blogger Coffee Talk ini ialah saudara Azman Ishak, Azman Ismail serta keluarga, Izwan, Syafiq, Azuan serta keluarga, Deq Noor dan Latifah Bee serta anak-anak. 

Kita makan dulu!
Blogger Cilik Mr Ray
Apsal muka macam tu?
Banyak juga yang dikongsikan semasa majlis ini berjalan antaranya ialah Mini Kelas Fotografi yang diterajui saudara Azman Ishak, banyak perkara asas kami belajar dalam dunia fotografi lebih-lebih lagi beginner macam MB ni. Terima kasih bro! Kemudian sesi temuramah blogger yang dibuat oleh saudara Azman Ismail antara MB dan Latifah Bee, temuramah mengenai blogger profil yang akan diselitkan dalam blog beliau, jangan lupa untuk terjah. Susah juga soalan yang diajukan kepada MB tetapi sedaya upaya MB cuba jawab yang terbaik.

Teori Segitiga Bermuda dari Azman Ishak
Pavlova hasil tangan isteri Azman Ismail. Terima Kasih!
Sesi perbincangan..
Cantik baju Azman Ismail tu kan..
In Syaa Allah di masa akan datang MB akan buat lagi Blogger Coffee Talk ini khusus untuk rakan-rakan blogger yang tidak dapat hadir pada sesi pertama ini. Kalau dapat sambutan alhamdulillah, sekurang-kurangnya MB dapat membantu anda merapatkan  talian persahabatan kita semua.

Isteri Azman Ismail, Latifah Bee dan Deq Noor
Dah kenyang semuanya..
Group wanita bersidang

Dari Kiri : Syafiq, Izuan, Azman Ismail, Deq Noor, Latifah Bee, MB & Isteri
Dari Kiri : Syafiq, Izuan, Azman Ishak, Azman Ismail, Deq Noor, Latifah Bee, MB 
MB sekeluarga

Itu tujuan sebenarnya kenapa timbulnya majlis seperti ini. MB ingin mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersilap kata, tersinggung, terlambat, atau tempat terlalu jauh, maafkan MB sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah  S.W.T, yang kurang  itu datang dari MB. Sama-sama kita merapatkan persahabatan kita sesama blogger  dan sokonglah jika ada blogger lain membuat majlis seperti ini.

Blogger Coffee Talk 2.0 ?? In Syaa Allah, tunggu…!!

3,644 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. alhamdulillah berjaya jugak menghadirkan diri. sesat pusing bangunan tu sampai ke perumahan rumah orang. hehehe.. kendian jumpa Azman ismail satu kereta. last last park dalam floor yang sama. mujur jumpe dia. ade la jugak geng sampai awai. kalau tak… jem jugak rasanya sorang sorang. hahaha!

    p/s: kalau ade tersalah silap masa penerangan, mintak maap banyak2 ye.

  2. next buat kat Shah Alam pulak ye… kedai kopi…
    kalau idak dah ada semalam..
    takde rezeki den…
    next time in shaa Allah…
    takde DSLR pun tak apa kan.. he he

  3. Saya pun sama,kalau ada apa2 yang tidak disenangi minta maaf juga :)Best ada aktiviti macam ni,boleh buat lagi,jika tiada aral boleh join lagi – cuba buat kat air terjun atau sungai yg best,boleh bbq sekali ramai2,ibu2 tukang masak,bapak2 menyembang hahahaha….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam