Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum wbt

Mood berjalan raya masih belum hadir lagi dalam diri ini..Tidak tahu kemanakah perginya mood raya MB..Puas mencari tapi hilang kemana..

Tapi malam semalam mood raya MB tiba tiba kembali menerpa diri ini.. Mana tidaknya, bila dapat jemputan dari retis untuk datang ke rumah terbuka beliau. Retis yang MB maksudkan ialah bro Zarul Umbrella.. Bohonglah kalau anda tak kenal beliau.. Jemputan tersebut menerjah masuk ke ruangan mesej telefon bimbit..

DSCN2256
Di kediaman biras bro Zarul
DSCN2250
Kamilah yang terhebat lagi tampan

Antara blogger idaman gadis yang turut hadir ialah Kakikatek dan Kakikorek..ditambah pula dengan kehadiran MB sendiri.. Kamilah Blogger Idaman Gadis (nantikan blog kami )..

DSCN2245
Kakikatek kalau dah melantak..
DSCN2255
Hiburan dari Busking Brader

Owh tidak lupa juga Y.B Balakong iaitu Tuan Denaihati yang turut hadir sama ke majlis open house ini.. Untuk makluman open house ini diadakan di rumah biras bro Zarul iaitu di Kota Damansara.. Majlis bermula dari jam 5 petang hingga 10 malam.. Yang best nya siap ada busking tu.. Mujurlah kami bertiga lupa membawa prob.. Kalau tak kami pun perform sekali..

DSCN2242
Suasana di kediaman
20130822_213214
Kacak, Tampan lagi Bergaya ( Mr Ray pun ada )

Untuk anda di luar sana, nantikan kemunculan Video Klip Ramalanku Benar Belaka 2103 yang akan menerjah anda tidak lama lagi.. Bagi yang belum dengar lagi lagu Ramalanku Benar Belaka 2103 bolehlah pakat pakat beli di iTunes dengan harga 0.99$.. MB gerenti berbaloi kalau anda semua beli dan dengar..Sebab MB dah dengar full version sebelum ini ketika dipilih untuk menjadi pendengar bertuah lagu tersebut.. Support our music industries and our local artist yo!

MB ucapkan ribuan terima kasih kepada bro Zarul kerana sudi menjemput MB sekeluarga untuk hadir ke open house tersebut..

4,411 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam