Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Cari pasal dengan Abang Ensem??hehe… sebenarnya bukan cari pasal pun… Tajuk entri je gempak abis… MB bukannya jenis orang yang suka cari pasal dengan sesiapa… tapi kalau orang tu yang cari pasal dulu memang berpasal-pasal lah dia lepas tu…hehe..
Raya haji tempoh hari MB pulang ke rumah keluarga isteri MB di Teluk Intan.. Kebetulan MB dapat tahu yang Abang Ensem pun berada di Teluk Intan waktu itu… Jadi  MB cuba hubungi abang Ensem kalau-kalau dia free boleh ajak pergi ngeteh…
Petang Jumaat tu, MB ada dekat Mcd Teluk Intan… mesej Abang Ensem ajak lepak… tapi tak berjawab…Lama lepas tu baru dia jawab mesej..

Sori beb. Baru bangun..Lu lama lagi ke kat sana? kalau lama lagi, gua gerak sekarang. Boleh ngeteh kat Oldtown

Hehe.. tapi tak dapat lah nak lepak sebab MB dah balik waktu itu.. Jadi buat perjanjian dengan AE, malam nanti pergi ngeteh kat Gulam (kedai mamak)..
Malam tu MB ada majlis di rumah datuk kepada isteri…datuk isteri MB bernikah malam tu (kisah benar ni)…lepas je majlis selesai, MB terus gerak ke Gulam dari Langkap.. Sebelum tu AE dah mesej beritahu Gulam tutup… Agaknya pekerja-pekerja Gulam pun nak raya juga… Lokasi ngeteh berubah ke City Mewah (tempat orang kaya dan orang-orang hensem je macam kami ) haha padahal gerai biasa je sebenarnya..nama tempat je eksklusif..
Mangsa yang dicari
Tengok jam dah lambat ni, kang marah plak orang hensem tu…haha.. Ingat senang ke nak buat temujanji dengan orang hensem ni…bila sampai je kat destinasi, misi mencari AE dimana..Jumpa dah! AE dengan rakannya.. Beliau dengan jersi Arsenal.. tetapi tak nampak lagi ‘6 ketulan‘ AE yang digembar-gemburkan….  Yang hanya berjogging di tasik dengan awek-awek..
Rupanya AE ni cool je kalau jumpa depan-depan… berbeza dari FB / Blog dengan beliau di luar…hehe… Ada beberapa tips yang MB dapat dari AE semasa ngeteh tu… Banyak juga pengisian malam tu…bukan sembang kosong je… Ada juga rahsia-rahsia negara yang MB dapat dari AE…Hahaha… Sempat juga AE hulur kad beliau kepada MB…
AE ni rupanya duduk di Shah Alam… dekat je dengan rumah MB.. bolehlah lepas ni pergi ngeteh lagi… Terima kasihlah AE sudi ngeteh bersama…..Sori lewat sebab ada majlis gilang-gemilang malam tu…

4,916 total views, 3 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. betul..mmg takde ketak tu…setiap kali jmpe AE, mmg sy cube usha perut dia… mmg asek nampak 1 ketak je…takde 6… hohohoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam