Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Permulaan tahun 2013 yang amat baik.. Dan oleh kerana itu, MB dengar berbesar hatinya ingin mengumumkan yang Blog Melastik Bintang akan mengadakan Contest Pertama Melastik Bintang pada tahun 2013 ini!!!!! Hooray..!!! Hip Hip Hooray!!!!!

Ok, Contest ini bersempena Ulangtahun Perkahwinan MB dan Isteri Yang Ke-2… Pada 5 Februari.. Sudah  2 tahun kami bersama sebagai suami isteri..Alhamdulillah.. Dan kami telah berbincang untuk menghargai pembaca blog ini dan ingin memberi penghargaan kepada anda semua dengan mengadakan satu contest separa besar ini dengan kerjasama dari penaja-penaja..
Apa Contestnya?
Ia bukan contest yang melibatkan SEO yang pastinya..Contest yang agak menarik sebenarnya. Contest yang bertajuk Destinasi Percutian Melastik Bintang .. Ha, itu tajuk untuk contest ini.. Anda semua bantulah MB destinasi mana yang best untuk percutian kami nanti..In Syaa Allah..
Apa Yang Perlu Anda Lakukan? ( 2 Dalam 1 )

Tugasan 1
  • Like Fanpage Melastik Bintang
Anda perlu klik button LIKE yang berada di bawah tajuk entri ini ( Fanpage Like – Wajib ). 
  • Like Post
Anda juga perlu klik button yang berada di tepi entri ini ( Facebook Like Post – Wajib ). Kalu baik hati boleh juga G+ dan Tweet kan untuk memeriahkan lagi contest.
  • Entri Wajib
Buat satu entri bertajuk ” Destinasi Percutian Melastik Bintang ” dan entri tersebut berkenaan  destinasi percutian yang anda rasa kami patut pergi ( Tak kisah mana-mana negeri atau negara ). Tak kisah panjang atau tidak entri anda itu. 
Kalau rasa nak menang, lebih tinggi harapan kalau anda letakkan maklumat kos, map, no untuk dihubungi ke ( tiada paksaan ).

Kalau tiada gambar sendiri tidak mengapa, boleh gunakan gambar dari internet atau pun sumber-sumber lain.   Nak guna entri lama anda pun boleh tapi pastikan anda copy semula dan ubah sedikit dari yang asal, jadikan ia entri yang baru.

Dan letakkan Header ini didalam entri (backlink):

  • Senarai Penaja
Wajib letakkan senarai penaja di tengah-tengah entri anda. Letakkan ayat ini :

Contest ” Destinasi Percutian Melastik Bintang ” ini dianjurkan oleh Melastikbintang.com dan ditaja bersama oleh Sahabat Melastik Bintang :  AbangEnsem.com, Broframestone.comShakiddo.comNadot.my, Alyzafisol.comSpudinpunya.com, Akubiomed.comHazwanhairy.com,  Afasz.blogspot.com, Mahamahu.comSiezuka.com, Yanayassin.com,  Wanwidget.com, Yanty.my, Namiacinta.com, Pondokkecil.com Ladfeamir.com dan Ashadin.com

Wajib link kan nama penaja di atas ke blog mereka. 

* Kalau nak dapat pahala lebih dan berkat follow la blog mereka dan Like page mereka.. In Syaa Allah.. Semua penaja merupakan blogger yang hebat.. Penaja dilarang bertanding..


Tugasan 2
  • Pendapat Blogger

Di dalam entri yang sama, diakhir entri anda, letakkan pendapat anda mengenai blog Melastik Bintang, mulakan pendapat anda dengan ayat di bawah :

” Saya berpendapat bahawa…………………..  “

  • Backlink Entri
Dan backlink kan Entri anda itu ke Entri ini.

  • Tinggalkan Permalink Entri Dan Nama Facebook
Jika sudah selesai mengikuti semua tugasan tersebut, tinggalkan permalink/URL entri tersebut dalam ruang komen di bawah ini beserta, nama facebook anda untuk saya add friend.

  • Ping Entri Ini

Akhir sekali Wajib Ping entri ini ( entri pengumuman ini ) di Wall Facebook anda dengan ayat berikut –
Saya sudah menyertai Contest ” Destinasi Percutian Melastik Bintang “, anda semua bila lagi…?

CONTOH ENTRI YANG ANDA BOLEH BUAT

Entri Rujukan 1


Tarikh Contest Bermula :
 02/02/2013

Tarikh Tutup Contest ini :
17/03/2013 ( tepat pukul 11.59 malam)
* Sila ikut segala syarat dan peraturan contest. Jujur pada diri anda sendiri.

Kategori Pemenang Dan Hadiah
Tugasan 1

1 Entri Terbaik  
RM 100 + 1 Buku Tips Hartanah

1 Destinasi Percutian Terbaik
RM 50 + Memori Card Camera 4G

10 Hadiah Saguhati
2x Clinique Skincare
3x Perfume
1x Diskaun Card IKEA bernilai RM30
1x Topup RM 30
3x Topup RM 10

1 Penyertaan Terawal
Ruang Iklan ( 150 x 150 ) Di Salah Sebuah Blog Penaja

Tugasan 2

3 Pendapat Blogger Terbaik
3x RM 50 

1 Penghargaan Khas

Hadiah akan diberikan kepada seoarang blogger yang berjaya menempatkan Entri beliau di Enjin Carian Google di Rank yang pertama sehingga tarikh tutupnya contest.

RM 50 + 1 Helai Baju ‘I LOVE BLOGGING’

1 Cabutan Bertuah

Pemenang akan ditentukan melalui proses rawak.
1 Helai Telekung

# Bonus, mereka yang menyertai contest ini secara automatik akan berada dalam Bloglist Blog Melastik Bintang.

Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Contest ” Destinasi Percutian Melastik Bintang ” ini, boleh berhubung di:
Email : pelangihati01@gmail.com
Facebook : Melastik Bintang
Fanpage : Melastik Bintang Dot Com

Selamat Menyertai Contest Ini..Dan Menangi Hadiah Yang Menarik!!!! 

18,961 total views, 11 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Ya Allah … ruginya tak cakna blog Melastik Bintang!! ..

    Dah terlepas contest ni. Kalo cakna, insyaAllah saya sertai.

    Sedihnya.

    Bukan apa saudara Melastik Bintang, saya sibuk disini.

  2. wah mantap kontesnya, …
    Rasanya aku tak sempat untuk join kawan. Tapi saya ikut senang dan mensuport saja semoga semua lancar dan sukses selalu,
    Terima kasih informasinya

  3. Rasanya tak sempat nak join, berfikir destinasi manalah pun ambil masa inikan pula nak buat entri. Tahniah buat semua peserta dan berjuang ketitisan traikh terakhir. Semoga berjaya….semua…!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam