Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Malam ni artikel berkenaan Header Blog pula yang MB nak cerita. Tak pernah lagi rasanya buat entri pasal Header Blog orang..Hehehe…

Ok.. Denaihati.com .. Pasti rakan blogger dan pembaca kenal sangat dengan Blog ini kan.. Blog yang sentiasa memberi artikel-artikel yang menarik setiap hari untuk dikongsikan bersama dengan pembaca.. Begitu juga dengan MB, inilah blog yang MB wajib singgah.. Kekadang terlepas juga artikel baru yang dipost kan oleh Tuan Hj Amir.. Pemilik blog Denaihati.com..

Tetapi MB akan cuba follow up balik membaca entri-entri yang terlepas pandang.. Walaupun selalu dapat Notification dari Gmail berkenaan entri terbaru dari Denaihati.com yang ditulis.

Apa yang MB nak paparkan disini ialah Header Blog Denaihati.com yang baru.. Ianya menarik perhatian MB bila lihat Header ini..Nampak kemas dan menceritakan pelbagai kisah dengan gambar-gambar collage..

Gambar-gambar yang diambil semasa berlangsungnya majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 tempoh hari telah dikumpulkan dan dipaparkan di dalam Header yang baru ini. Header ini amat menarik bagi MB berbanding Header blog Denaihati.com yang lepas-lepas.

Header yang sekarang ini memaparkan gambar dari majlis besar  yang terbaru dari Denaihati Network. Boleh rujuk di entri DISINI.

3,815 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam