Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum wbt

Honda Media Drive

Pada 29 Jun 2013 bersamaan hari sabtu yang lalu MB telah dijemput hadir ke Honda Media Drive yang bertempat di Paradiso, PUBLIKA. Seramai 21 orang Blogger telah dijemput untuk memeriahkan Honda Media Drive ini. Rasa bertuah sebenarnya kerana dijemput hadir kerana ramai juga top blogger yang ada. “LET YOUR INTUITION TAKE OVER

ALL NEW CIVIC

Antara objektif utama Honda Media Drive ini ialah pandu uji 9th Generation Honda Civic selain diselitkan dengan beberapa aktiviti yang menguji pemanduan kereta Honda dan juga diperkenalkan dengan ‘smart technology‘ yang digunakan Honda.

4 Jenis Kereta Honda Civic

Enjin – Prestasi & Penjimatan Minyak

  • Civic 1.8L SOHC i-VTEC

– 1,798 CC

– Max Power – 141 PS @ 6,500 rpm

– Max Torque – 174 Nm @ 4,300 rpm

  • Civic 2.0L SOHC i-VTEC

– 1,997 CC

– Max Power – 155 PS @ 6,500 rpm

– Max Torque – 190 Nm @ 4,300 rpm

  • Civic 2.0L  Navi  SOHC i-VTEC

– 1,997 CC

– Max Power – 155 PS @ 6,500 rpm

– Max Torque – 190 Nm @ 4,300 rpm

  • Civic Hybrid 1.5L SOHC i-VTEC + IMA

– 1,497 CC

– Max Power – 155 PS @ 6,500 rpm

– Max Torque – 190 Nm @ 4,300 rpm

 

Transmisi Pemanduan

1.8sS, 2.0S dan 2.0 Navi menggunakan Transmisi Automatik 5 Kelajuan dan dikombinasikan dengan Drive-By-Wire (DBW) teknologi. Untuk 2.0S dan 2.0 Navi, anda boleh menukar kelajuan transmisi anda pada stereng kereta anda sahaja dengan mudah. Bagi Civic Hybrid pula menggunakan Continuous Variable Transmission (CVT)

 

Smart Technology

  • i-MID ( intelligent Multi Information Display )

– Informasi pada Fuel Economy

– Informasi pada  Audio Support

– Informasi pada User Support

  • Smart Interface

– Smart Cockpit

– 5″ Color TFT Display

– Smary Dashboard

  • Smart Features

– Smart Entry & Push Start Button

– 6.1′ Navigation  Touch Screen ( DVD,VCD,DIVx + Reverse Camera )

– Bluetooth dengan Hands Free Telephone System ( HFT )

– 8 Way Driver Power Seat

 

Pada Hari Kejadian

Jam 1.30 petang para blogger mendaftar di Paradiso kelihatan pihak MHSB telah siap sedia berada di lokasi.

Honda Media Drive
Sesi Pendaftaran Blogger

 

Honda Media Drive
Interframe kejap..

Kemudian tepat jam 2 petang, para blogger diberi sedikit penerangan dan ucapan aluan dari En.Akkbar Danial, Head Of Marketing HMSB. Selepas itu En. Harvinder Singh Sidhu menerangkan apa aktiviti yang akan dilakukan dan sedikit maklumat mengenai pandu uji yang akan dilakukan oleh para blogger serta sedikit pengetahuan mengenai kerta Honda yang terbaru.

Honda Media Drive
Ucapan aluan dari pihak HMSB

Acara yang dinantikan para blogger telah tiba iaitu ‘Flag-Off‘. Jam 2.30, para blogger dilepaskan untuk sesi pandu uji. Dalam sesi pandu uji ini pihak HMSB telah menetapkan laluan atau destinasi untuk para blogger. Apa lagi, blogger yang ada pantas untuk pergi ke kereta yang mereka dapat.  MB satu kumpulan dengan Shakiddo, Bryan Lim dan Ming Han dan kereta yang kami dapat ialah Civic 1.8L SOHC i-VTEC.

Honda Media Drive
Bersiap Sedia Untuk Berlepas

Laluannya bermula dari Paradiso ke susur keluar Rawang melalui lebuhraya PLUS, dan kemudian berhenti di Checkpoint untuk sesi penukaran pemandu yang ke-2. Kemudian meneruskan perjalanan dari Checkpoint tadi menyelusuri  jalan bandar/kampung untuk keluar semula ke lebuhraya PLUS, supaya dapat meneruskan ke destinasi Desa   Park City.

Honda Media Drive
Sekitar Pandu Uji

Kemudian berhenti untuk penukaran pemandu yang ke-3 di Hentian Sg.Buloh. Diteruskan perjalanan menuju Desa Park City. Lebih kurang jam 5 petang kami sampai ke destinasi dan acara kemuncak yang ditunggu-tunggu. Sesi ujian memandu dan beberapa teknik memandu yang akan kami lakukan dengan tunjuk ajar dan pemantaun dari pihak MHSB. Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan sebelum memulakan aktiviti.

Honda Media Drive
Para blogger berdebar-debar menunggu melakukan tugasan

 

  • Tugasan Pertama – VSA

Apa yang dikatakan dengan VSA ini ialah  Vehicle Stability Assist adalah satu bentuk Electronic Stability Programme (ESP) yang memastikan tahap  kestabilan penuh kereta Honda Civic. Ia berfungsi bersama-sama ABS dan sistem kawalan cengkaman. Sistem ini mempunyai pelbagai sensor pada kereta dan masa sistem mengesan bahawa kereta itu akan menjadi tidak stabil ( understeer atau oversteer), sistem dengan cepat akan bertindak dengan memilih sistem brek dalam sekelip mata untuk membawa bahagian belakang kereta ke dalam bentuk yang lebih stabil. Apabila sistem brek berlaku, brek akan berlaku pada 1 roda sahaja, daripada 4. Dimana 1 roda akan ditentukan oleh sistem dan ia bergantung kepada sama ada kereta itu understeering atau oversteering, ke arah ke kiri atau kanan. Apabila brek seketika digunakan pada 1 roda, ia akan mewujudkan satu titik pangsi untuk membawa kestabilan belakang. Tambahan pula, VSA juga bekerja bersama-sama dengan sistem Pemandu Kuasa Elektronik Honda Civic itu (EPS). Apabila kenderaan menjadi tidak stabil, EPS juga akan  membantu pembetulan sederhana dan mengemudi semasa oversteer. Semasa understeer, ia menghalang stereng dari terlebih memotong (mengurangkan pusingan).

VSA HONDA CIVIC
Grafik sistem VSA / G-CON / AIRBAGS / SUSPENSION

Jadi ianya sesuatu yang baru bagi sebahagian blogger untuk memandu uji sistem VSA ini, trek dibasahkan dengan air supaya jalan lebih licin dan sistem VSA lebih berfungsi. Takut juga semasa nak melakukan aksi ini sebab belum pernah buat lagi. Nasihat MB ‘dont do this at home’. Lagi satu kena tengok jenis kereta juga samada mempunyai sistem VSA ini atau tidak.  Semasa memandu dan menguji tahap kecekapan VSA ini, memang diyakini selamat dan anda akan rasa perbezaan bila menggunakan VSA dan bila anda tidak menggunakan sistem VSA ini.

Honda Media Drive
Sesi menguji fungsi sistem VSA

 

  • Tugasan Kedua – ABS

Dengan ABS atau Anti-Lock Braking System, kenderaan masih boleh memandu dari halangan semasa menggunakan brek secara penuh. Sebaliknya, kenderaan tanpa ABS akan understeer (atau terus bergerak ke depan) semasa pemandu menggunakan brek penuh dan brek dikunci. Dengan ABS, brek dilakukan sebentar-sebentar untuk membolehkan pemandu kenderaan itu, menjauhi  halangan.

Kali ini, sesi pengujian sistem ABS pula, sistem ini pasti ramai yang dah tahu apa fungsi dan kebaikkannya. Sesi kali ini ada 2 ujian, iaitu para pemandu perlu menekan brek dengan kuat dan berhenti dari melanggar kon di depan dan kedua masih lagi proses yang sama tetapi kali ini selepas menekan brek pemandu perlu memusingkan stering sedikit untuk menjauhi halangan.

Honda Media Drive
Sesi pengujian sistem ABS

 

  • Tugasan Ketiga – Mini Slalom

Pada sesi yang mencabar ini, para pemandu akan diuji dengan kehebatan dan kecekapan memandu juga mengawal kenderaan anda di trek yang disediakan. Selain itu juga ujian masa turut dilakukan bagi memilih pemenang mini slalom ini. Feuh!~ Berdebar dan takut pun ada rasanya, kali ini lagi susah ujian nya. Dah rasa macam drifter pula.

Apa yang MB dapat simpulkan dari ujian Mini Slalom ini ialah Honda mempunyai kawalan stering yang agak baik dimana pemandu dapat mengawal kenderaan dengan sempurna juga ditambah sistem brek yang memuaskan. Suspensi kereta juga berfungsi dengan baik dan rasa selesa bila waktu selekoh. Pendek kata sistem kawalan kereta Honda ini cukup bagus dan selesa dalam apa jua keadaan.

Honda Media Drive
Sesi pengujian Mini Slalom

Selain itu juga kereta Generasi ke 9 Honda ini mempunyai satu sistem yang amat bagus dan amat kita perlukan iaitu ECON Assist.

  • ECON ASSIST

Econ Assist membantu anda memandu dengan lebih cekap dengan Honda Civic anda. Terdapat cahaya ambien pada panel instrumen anda yang akan melatih anda untuk menjadi ringan kaki dengan pemecut anda. Untuk mengetahui jika anda memandu cekap, cahaya akan bertukar ke warna hijau.  Semakin hijau warna anda, lebih banyak lagi bahan api yang tersimpan. Sebaik sahaja anda menekan pedal minyak and lebih lagi, maka cahaya yang cepat akan bertukar menjadi biru. Ini memberikan anda maklum balas masa nyata pada memandu anda, samada penjimatan bahan api berlaku atau sebaliknya. Terdapat juga Mod econ yang mengurangkan kebolehubahan memandu. Ia melembapkan kesan pemecut dan pemetaan anjakan penghantaran serta mengoptimumkan sistem penghawa dingin dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan bahan api.

ECON ASSIST HONDA CIVIC
Lampu pada panel akan bertukar

 

Kesimpulan Semasa Memandu Uji

Civic adalah enjin petrol kenderaan yang pertama  yang datang dengan fungsi Assist ECO.
ECO membantu fungsi di kedua-dua enjin petrol dan hibrid merupakan panduan interaktif yang membantu anda untuk mencapai yang terbaik dalam penjimatan penggunaan bahan api ekonomi dalam jangka masa panjang. Lagipun, gaya memandu adalah salah satu faktor yang menentukan dalam mencapai tahap penggunaan bahan api ekonomi yang optimum.

Civic hybrid adalah perintis kenderaan hybrid di Malaysia. Setakat selepas jualan berkenaan, perkhidmatan servis  kenderaan hybrid  sama seperti yang anda lakukan untuk kenderaan konvensional. Tambahan pula, ia dilanjutkan jaminan 8-Tahun pada bateri IMA memberikan anda ketenangan fikiran.

Civic adalah yang terbaik di dalam kelas dalam sistem keselamatan Lanjutan Keserasian Kejuruteraan ™ (ACE) ™ struktur badan Honda sangat eksklusif untuk perlanggaran hadapan pengurusan tenaga dan senarai panjang peralatan keselamatan standard termasuk dua baris beg udara langsir sisi, dwi-peringkat , pemandu pelbagai-ambang dan beg udara penumpang hadapan, pemandu dan beg udara sisi penumpang hadapan, Kestabilan Kenderaan membantu ™ (VSA ®), sistem brek anti-kunci (ABS) dengan Brek membantu dan Motion Adaptive Electric Power sistem pemandu yang baru membantu pemandu mengemudi ke arah yang sesuai untuk mengurangkan situasi oversteer atau understeer.

I-VTEC SOHC powertrain mampu melepaskan sehingga 155PS bernilai kuasa revving mentah. Ia juga berkuasa dalam prestasi kerana ia adalah bahan api yang cekap.

Secara keseluruhannya, Civic terbaru menawarkan tahap baru kecekapan bahan api tanpa menjejaskan prestasi dan gaya.

Honda Media Drive
Sesi memilih video oleh blogger

Setelah selesai melakukan 3 jenis ujian tahap pemanduan kereta Honda kami meneruskan perjalanan pulang ke Paradiso semula untuk tugas seterusnya. Dimana setiap kumpulan perlu membuat 1 video seluruh aktiviti yang berjalan menggunakan I-Pad yang dibekalkan dan Video hendaklah dalam lingkungan 1-2 minit maksima tidak boleh lebih.

Inilah sesi yang memeningkan kerana nak memilih video yang mana hendak dimasukkan dalam VLOG kami nanti. Banyak video yang direkodkan sepanjang aktiviti berjalan tetapi tidak semua boleh diambil, kerana tahap masa yang diberi hanya 1-2 minit. Jadi kami ambil video yang pendek-pendek untuk digabungkan.

Honda Media Drive
Sesi Editing Video

Kemudian setelah selesai sesi memilih video, setiap kumpulan akan dipanggil untuk duduk bersama Video Editor untuk penghasilan VLOG kami semua. Dengan bantuan mereka ini kerja editing VLOG kami menjadi lebih mudah kerana mereka ini memang ‘expert‘ dalam kerja mereka, sepantas kilat je buat editing video. Akhirnya siap VLOG dan tunggu untuk ditayangkan.

Honda Media Drive
Ucapan penutup dan tayangan VLOG

 

VLOG TERHEBAT HONDA CIVIC-FURIOUS FAST

 

Acara terakhir sekali ialah ucapan penutup dari wakil pihak MHSB. Juga ada sesi penyampaian hadiah kepada pemenang bertuah dalam acara Mini Slalom (apsal MB tak menang ). Pemenang dari tempat pertama hingga ke-3 bagi acara ujian masa terpantas dalam Mini Slalok. Dan akhir sekali tayangan VLOG setiap kumpulan masing-masing memang best!

Honda Media Drive
Sesi bergambar

 

Honda Civic Mugen 2.0
Kereta idaman MB

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak MHSB kerana menganjurkan aktiviti seperti ini dan menjemput para blogger untuk turut serta, ternyata aktiviti ini memang seronok dan menambah pengetahun kita mengenai kereta Honda Civic Generasi ke-9. Dalam banyak-banyak kereta Honda yang ada MB tertarik dengan Honda Mugen 2.o Black Edition, memang smart dan cantik!

Preview Ringkas All New CIVIC

  • Civic 1.8L, 2.0L & 2.0L Navi
ALL NEW CIVIC
Jentera Penggerak

 

Bahagian Luar

 

ALL NEW CIVIC
Ruangan Dalam

 

HARGA CIVIC BARU
Harga Civic 1.8 & 2.0

 

Servis ditawarkan
Servis ditawarkan
  • CIVIC Hybrid
Hybrid Honda Civic
Sistem Bateri

 

hybrid Honda Civic
Bagaimana Hybrid berfungsi

 

Harga Hybrid Honda cIVIC
Harga Hybrid Honda Civic

 

Safety Hybrid Civic
Sistem Keselamatan Hybrid

 

SERVIS PAKEJ hYBRID cIVIC
Servis yang ditawarkan

Macam mana? Puas hati kan dengan Civic terbaru yang diperkenalkan Honda ini bukan? Rasa macam nak beli sebuah je kan. Selesa, mantap & bergaya!

Kepada MHSB, tahniah atas penganjuran Honda Media Drive ini dan sudi menjemput kami para blogger untuk merasai suasana dan memandu Honda Civic. Semoga ada lagi aktiviti seperti ini di masa yang akan datang.

Maklumat Lanjut boleh layari —– >  http://www.allnewcivic.com.my/

 

4,115 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Tak lah mahal mane ek untuk hybrid..kalau tengok dari spec pun torque untuk 1.5 pun dah sama dengan 2.0..kire ok la tu..dah banyak save untuk duit poket..cuma kalau long distance sedap yang 2.0 punya la kot.

    p/s: aku tertanya2 kenapa model civic baru ni takde yang DOHC
    hafizrahim Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Bungkusan Misteri – TeaserMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam