Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

WordPress merupakan skrip pengurusan isi kandungan yang telah mendapat tempat di kalangan para blogger terkenal dari dalam mahupun di luar tanahair. Namun begitu, tidak dapat dinafikan masih ramai pengguna platform lain terutamanya platform blogspot yang berasa takut atau khuatir untuk berpindah ke WordPress (self-hosted). Kami di Eizil Network memahami perasaan anda dan di sini kami ingin membantu anda untuk berhijrah ke platform yang memberikan anda lebih kawalan, iaitu platform WordPress (self-hosted).

Menurut builtwith.com, WordPress digunakan oleh lebih 7.5 juta laman sesawang di seluruh dunia dan daripada jumlah tersebut, 1.3 juta adalah merangkumi laman sesawang yang kerap dilawati. Ini menunjukkan betapa WordPress menjadi pilihan ramai penggiat laman sesawang termasuk blogger.

blogger-to-wordpress

WordPress adalah sangat mudah untuk digunakan, anda hanya memerlukan beberapa jam untuk memahami perjalanannya (melalui seminar yang kami jalankan). Selain itu, terdapat banyak sumber tutorial, template percuma, plugin percuma yang anda boleh gunakan atau perolehi. Ini memudahkan lagi pengurusan laman WordPress anda untuk apa tujuan sekalipun.

WordPress juga secara asasnya sudah mesra enjin carian (SEO), ditambah dengan template yang baik, plugin yang bagus, tahap SEO laman WordPress anda akan meningkat secara mendadak, tanpa perlu bersusah payah untuk mengubahsuai template atau theme anda sendiri.

Eizil Network juga menyediakan perkhidmatan ubahsuaian dan pertanyaan sekiranya anda menghadapi apa-apa masalah dan sekiranya anda merupakan pelanggan Saleiz Webhosting, bantuan untuk pelbagai masalah biasanya akan diberikan secara percuma (selagi tidak melebihi had yang ditetapkan).

Bersama dengan ini, kami ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama dengan kami menggunakan platform WordPress, terdapat promosi khas yang pihak Eizil Network sediakan untuk sesiapa yang berminat untuk berpindah dari Blogspot ke WordPress, atau sekadar ingin bertukar hosting dengan kami. Mari sama-sama kita tonton video promosi yang telah kami sediakan khusus untuk anda semua.

Promo Pindah Ke WordPess from Mohd Hadihaizil on Vimeo.

Anda hanya perlu menggunakan kupon PINDAHWP semasa membuat pesanan di Saleiz Webhosting untuk mendapatkan perkhidmatan pindah blogspot ke WordPress secara percuma. Anda juga layak untuk mendapatkan perkhidmatan Sekuriti WordPress dengan separuh harga (50% diskaun) dari harga asal. Domain percuma juga disediakan untuk pendaftaran pakej Silver* (tahun pertama) dan pakej Platinum (percuma selama anda melanggan pakej ini)

Klik Untuk Tukar

Klik Untuk Tukar Ke WordPress

  • MB juga salah seorang yang menggunakan perkhidmatan Eizil Network dan Saleiz Webhosting dan juga wakil bagi pihak Eizil Network ( Agen Affilliate )

7,403 total views, 3 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. udah tak reti guna blogspot dah…cuma skang ni blajo guna wp shopping cart atau directory style wordpress..wuwuwuw

  2. jom ramai ramai kita berpindah ke wordpress.. takkan menyesal apabila berpindah… service eizil memang terbaikkk
    Datin Tyka Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Tidur AwalMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam