Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Bila sebut je pasal trafik pasti MB akan keliru.. trafik bermaksud PV atau UV yang dimaksudkan sesetengah orang… PV bermaksud Page Views manakala UV pula Unique Visitor

Perbezaan PV dan UV


PV
= Berapa kali blog anda dilihat. Setiap klik/ refresh/ di dalam blog anda akan dikira sebagai PV.
UV = Pelawat yang menggunakan alamat IP address tertentu masuk ke blog anda dalam tempoh sejam.
Penerangan lanjut unique visitor
Unique Visitors (pelawat unik) ialah kunjungan pertama dari seseorang individu yang datang dari IP address unik dalam jangka waktu yang telah ditentukan. Contohnya unique visitor per jam, dalam satu jam itu katakanlah anda mengunjungi blog anda sebanyak 4 kali. Ia tetap dikira sebgai 1 unique visitors. Robot hanya mengira kunjungan pertama saja dalam sejam tue. Kunjungan ke 2 ke 3 dan ke 4 diabaikan kerana ia tidak mengira berapa kali pun anda berkunjung ke blog tersebut..Sumber dari blogger ni…

UV Blog Melastik Bintang

Itu serba sedikit mengenai PV dan UV… Bercakap mengenai UV, semalam merupakan hari yang gembira bagi  MB kerana telah mencapai target UV MB iaitu 500UV sehari.. Bonus bagi MB kerana UV semalam ialah…  
UV setakat jam 2 petang – 502

Jumlah UV bagi hari semalam – 1214


Page Views tu MB rasa macam berbeza antara Nuffnang dan Dashboard Blogspot… di Blogspot PV ialah :


Antara entri terhangat di blog Melastik Bintang semalam ialah:
  1. Gaza
  2. Isu Boikot
Alhamdulillah.. MB buat entri ini bukan sebab nak menunjuk atau berlagak.. Tapi sebab MB rasa puas dan gembira bila usaha selama ini terhasil… Pelbagai cara MB lakukan untuk naikkan UV dari segi SEO, Blogwalking, dan cuba menulis entri yang mendapat perhatian.. Tak pernah berputus asa.. Walaupun tak banyak sekurang-kurangnya MB dah lihat bahawa kita mampu untuk mencapai apa yang kita target… Tak mustahil…
Malah MB jadikan cabaran dari Bro Framestone untuk naikkan UV minima 500, dan juga trafik dari blog Bro Kid  yang hebat sebagai pemangkin…Banyak juga MB belajar dari rakan blogger yang lain…
Dari PR ( disini ) yang naik mendadak, menjadi pemenang GA ( disini ) dan semalam UV pula naik.. Syukur… Harap selepas ini MB dapat kekalkan UV tersebut.. Bukan sesuatu yang mudah untuk kekalkan UV.. MB juga perlukan bantuan rakan-rakan lain dan terima kasih kerana sudi singgah di blog Melastik Bintang ini…
Harap rakan-rakan dapat bantu saya untuk jadi follower blog ini.
Klik ‘Join this site’ di sidebar


2,902 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam