Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Komuniti Blogger di Malaysia ini sekarang sedang berkembang dan makin bertambah dengan blogger-blogger baru. Seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan begitulah diumpamakan betapa berkembangnya  blogger di Malaysia ini.

Malah rangkaian sesama blogger juga semakin luas berkembang. Tidak kira dimana sahaja berada, ikatan persahabatan di antara blogger semakin akrab.

Owh ya, cakap pasal rangkaian, sebenarnya MB hendak memperkenalkan beberapa sahabat blogger dari seberang Indonesia yang selama ini banyak membantu MB dalam pertandingan yang diadakan untuk blogger, mereka inilah yang selalu memberi sokongan dan dorongan.

Blogger Indonesia
Bang Munir, Bang Dadan, Bang Iwan dan Blogger Tampan

Mereka ini boleh dikatakan aktif di dalam group Denaihati Network dan ramai juga blogger di Malaysia kenal dengan mereka ini. Sudah seperti saudara mara walaupun jauh tetapi dengan blog mendekatkan lagi persahabatan antara 2 negara.

Buktinya ialah gambar di atas, gambar berikut diambil semasa Sepetang Bersama Blogger di Hotel Singgahsana Petaling Jaya. Bayangkan betapa seriusnya mereka sehingga sanggup datang ke Malaysia dan dengan jemputan dari Tuan Denaihati juga mereka sanggup ke Malaysia.

Kesempatan ini MB ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka bertiga kerana banyak membantu MB semasa 2 buah contest yang diadakan oleh Tuan Denaihati tempoh hari. Ada seorang lagi ialah Bang Ferry Irawan. Semoga persahabatan kita kekal selamanya.

Kunjungi Blog Mereka:

Berkunjung ke blog rakan blogger dari seberang amat menyeronokkan kerana pelbagai kisah dan informasi kita dapat lebih-lebih lagi jenis bahasanya. Tak rugi kita bersahabat dengan rakan blogger dari negara lain.

7,022 total views, 3 views today

Leave Your Comment

Comments

    1. Sungguh pengalaman yang indah dan tak bisa dilupakan ketika bisa bersua langsung dengan rakan blogger Malaysia di acara SBB2013. Sayangnya waktu SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG saya tak bisa join. Insya Alloh, mungkin lain waktu bisa join lagi
      Dawaihati Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Lima Tips Perawatan KulitMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam