Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Kebelakangan ini sering melihat entri dari rakan blogger berkenaan ‘ Kenali Pembaca Anda‘. Seronok juga membaca entri mereka dan sekurang-kurangnya kita tahu siapa pembaca mereka. Bagaimana pula pembaca blog Melastik Bintang pula?
Kenapa perlu mengenali siapa pembaca blog anda? Bagi MB amat perlu dan penting kerana secara tidak langsung ia akan membuatkan penulis blog tahu siapa target mereka, siapa pembaca mereka, artikel bagaimana yang pembaca suka, dari negara manakah pembaca anda. Semua ini kita boleh tahu dengan ALEXA, salah satu laman sesawang yang memberikan segala maklumat mengenai blog anda. ALEXA berfungsi untuk mengukur sejauh mana pencapaian blog anda berbanding dengan blog-blog seluruh dunia.
Lanjutan daripada itu, setelah membaca ENTRI INI di blog Denaihati.com dan ENTRI INI di Kujie2.com   terdetik di hati MB untuk melihat apakah pula informasi yang akan muncul di ALEXA untuk blog Melastik Bintang.
Statistik Dari Alexa

Global rank 118 075 memang jauh lagi untuk MB turunkan. Target sebelum bulan 6 hendak berada bawah 100K. Rank di Malaysia pula alhamdulillah sudah berada bawah 1000K iaitu 928. Pembaca blog ini akan singgah sekurang-kurangnya selama 5 minit lama juga. Terima kasih juga pada orang Bandar Seri Begawan, Brunei kerana sudi membaca blog ini dan Rank di Brunei ialah 178. Tak sangka blog ini popular di Brunei.
Umur

Kategori umur pembaca blog Melastik Bintang ialah 35-44 tahun yang banyak berbanding umur 25-34 tahun. Dari statistik ini MB dapat simpulkan yang amat sesuailah blog berniche Parenting ini dengan umur pembaca setia. Rata-rata umur 35-44 ialah mereka yang sudah berkahwin dan mempunya anak.

Anak

Dari statistik menunjukkan mereka yang membaca blog ini sudah pun mempunyai anak. Mungkin sebab artikel-artikel yang MB hasilkan menjadi bahan rujukan buat mereka yang berkeluarga dan mempunya anak.

Lokasi

Kebanyakkan mereka membaca adalah dari rumah. Kalau diikutkan mungkin suri rumah kerana mereka hanya menghabiskan masa berada di rumah dan membaca dari rumah masing-masing. Tapi ada juga di pejabat.

Etnik
Sudah tentu pembaca setia blog ini adalah terdiri daripada kaum etnik dari Asian. Antaranya pembaca dari Brunei dan Indonesia.
Traffic Ranks



Ini pula ialah statistik trafik rank blog Melastik Bintang antara 3 buah negara. Bolehlah, alhamdulillah. Tapi cabaran untuk mengekalkan semua ini adalah sukar.
Negara Pelawat
Kebanyakkannya  pelawat yang datang adalah dari Malaysia sendiri. Terima kasih juga kepada pelawat dari Brunei dan Indonesia.
Arah Tuju Pelawat

Yang ini pula statistik berkenaan kemana perginya pelawat blog Melastik Bintang selepas melawat blog ini dan dari mana datangnya pelawat-pelawat tersebut sebelum ke blog ini.
Itulah serba sedikit mengenai blog Mealstik Bintang ini, sedikit sebanyak MB tahu dimana kedudukan blog ini dan pencapaiannya. Sebagai seorang blogger anda patut tahu aras kedudukan blog anda sebagai rujukan jangan pula anda tidak hiraukannya.
Nota Lastik : Terima kasih kepada mereka yang mengunjung blog ini dan setia bersama MB. Tanpa anda blog ini tidak akan mencapai tahap seperti ini.

7,343 total views, 9 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. MB.kadang2 rasa seronok nak kenal bila tau kita ada pembaca dari luar negara, tapi sayang bila silent readers…macam mana nak kenal..bila datang dari Russia dan Israil..lagi la nak kenal kan..=)

  2. baru sesuai para ibu bapa datang blog MB…
    nanti DT dah berkahwin pun akan ke arah parenting..
    eh sama la kita nak target 100K bulan 6.. tapi MB kan lagi skit.. DT skrg 500K… in shaa Allah bole punya..
    tahun 2011 blog DT pernah cecah bawah 100K dan dalam Malaysia 600 hampir ranking 500..
    tahun 2012 stop blogging.. kena rajin je kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam