Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Mungkin ada yang pernah dengar tentang Blogger Coffee Talk sebelum ini. MB pun ada memberitahu dan post kan artikel mengenai aktiviti Blogger Coffee Talk ini. Tetapi masih ramai yang tidak tahu kewujudan Komuniti ini khususnya rakan-rakan blogger.

Apa itu Blogger Coffee Talk

Blogger Coffee Talk ialah satu komuniti yang diwujudkan oleh MB khusus buat rakan-rakan blogger serta sokongan dari beberapa orang blogger. Objektif utama ialah untuk mengeratkan lagi perhubungan sesama blogger dengan mengadakan aktiviti santai dan pelbagai lagi jenis aktiviti selain bertungkus lumus memerah otak terhadapa blog kesayangan anda.

Blogger Coffee TALK

Sebenarnya dapat dilihat bahawa blogger hanya kenal di ruangan siber sahaja tetapi tidak pernah bertemu di luar. Jika ada pun hanya di event-event jemputan oleh advertiser tetapi bukan semua blogger dapat sertai. Oleh itu dengan adanya Komuniti Blogger Coffee Talk ini dapat mengeratkan dan mengukuhkan talian persahabatan sesama blogger.

Setakat ini Komuniti Blogger Coffee Talk memang aktif dan telah berjaya menjalankan beberapa aktiviti santai untuk rakan-rakan blogger. Tertumpu pada wilayah tengah setakat ini tetapi In Syaa Allah akan lebih berkembang di negeri-negeri lain juga. Antara aktiviti yang pernah diadakan ialah Sesi Ngeteh di ampang, Sesi Bowling Bersama Blogger, Sesi Karaoke, Sesi Kelas Fotografi dan lain-lain lagi.Banyak ilmu dapat dipelajari dan dikongsikan selain ilmu blog.

Blogger Coffee TALK
Aktiviti Bowling Di Wangsa Walk

Ramai juga rakan-rakan blogger dari Denaihati Network yang telah sertai event Komuniti Blogger Coffee Talk

Jadi jika anda ialah seorang blogger dan ingin sertai aktiviti-aktiviti riadah dari Komuniti Blogger Coffee Talk ini bolehlah ke Blogger Coffee Talk Group.

Komuniti Riadah Untuk Blogger

6,682 total views, 3 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Bagus group ni.. salah satu kelainan.. berbeza dari group lain.. Hanya ping blog sahaja.. Denaihati group,Blogger coffee talk menjadi titik mengeratkan lagi silaturrahim antara sesama blogger.. Next event mungkin dapat sertai 🙂
    Irwan Alessa Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Fenomena Spam Kian HebatMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam