Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Minggu lepas berlangsung Majlis Perkahwinan Bro Framestone dan Iera di Behrang Stesen, 17 Nov.. Kebetulan rumah Bro berhampiran dengan rumah pakcik MB… Jadi tidak perlukan map atau kad dari Bro.. Hehehehe.. Redah jelah…

Perjalanan bermula jam 1045 bertolak dari Shah Alam dan MB telah berjanji bertemu Hafiz Rahim di R&R Rawang.. Hujan agak lebat ketika dalam perjalanan.. Boni dah pergi meninggalkan kami dulu pergi dengan Yana Yassin dan Cik Nurul… Kalau pasal anak dara laju je..

Sampai di lokasi majlis tepat jam 1130 pagi… Pasangan pengantin baru berarak masuk ke dewan.. Ramai juga rakan blogger yang MB jumpa… Termasuklah Akubiomed dan keluarga juga saudara Syukor…Juga Bro Azlan Masli…

Antara rakan blogger yang hadir :

Yana & Mr.Ray, Nurul dan Boni

Baby Aslah & Akubiomed, Boni

Mr.Ray & Akubiomed
Artis Undangan – Boni BSB Selepas Aksi Menari Tiang

Nurul & Mr.Ray
Rakan Blogger Yang Hadir

PSY aka Baby Aslah – Aksi Gangnam Style

Antara Blogger Terawal Sampai


Gambar pengantin dan rakan blogger : 

Bro & Iera – Keris Sentiasa di Tangan

Keris Lagi? Mahal kot keris tu…

 

Rakan Blogger di Rumah Bro – Nasib Baik Tak Roboh Pelamin

MB Sekeluarga & Pengantin – Welcome To The Club
Yana Yassin , Nurul & Pengantin

Agak meriah Majlis yang berlangsung… Yang seronoknya dapat berjumpa dengan rakan-rakan blogger yang selama ini hanya kenal di ruangan siber dan kotak komen..

Selamat Pengantin Baru kepada Bro & Iera semoga kekal hingga akhir hayat… Kepada rakan-rakan blogger harap dapat berjumpa di lain hari…

2,068 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam