Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Ahad lepas MB sekeluarga telah dijemput hadir ke Majlis Sepetang Bersama Mak Dara yang bertempat di Rampai Palace, Setapak. 3 hari berturut-turut non stop event yang kena attend. Dari Jumaat sampai ke hari Ahad. Penat memang tak terkatalah. 

Bukti undangan dari Mak Dara
Tapi demi memenuhi undangan dan peminat-peminat MB, MB kuatkan tubuh badan ini untuk hadir ke semua majlis yang diadakan. Setelah diri ini bergaya rapi, mutu dan keunggulan, malah lebih hensem dan kacak seperti hari-hari biasa, MB mulakan perjalanan dengan Bismillah menuju ke destinasi.
Tak susah nak mencari destinasi sebenarnya, kerana isteri MB berfungsi sebagai GPS bergerak MB. Hehehehe. Rasa-rasa macam lewat je ni, tengok jam dah hampir pukul 3 petang. Majlis bermula 230 petang, alamak..! Takpelah artis  memang selalu datang lewat.. Jadi faham-fahamlah.

Sudah sampai ke destinasi kita iaitu RAMPAI PALACE CAFE.  Bangunan yang berwarna ungu ini tersergam indah di hadapan kereta MB. Bila masuk je ke dalam cafe..SURPRISE!!!!~~ WOOOO!!!~ Kelihatan peminat-peminat MB menyambut kedatangan MB dengan meriah sekali….Hahaha.. Mana ada la…Tu skrip MB sendiri jer..
Masuk je cafe ramai juga peminat-peminat MB yang memakai baju putih.. Kenapa putih..? Owh ya, sebab tema yang dikenakan oleh Mak Dara ialah Putih dan Jeans.. Memang sesuai la MB dengan putih kerana kulit MB yang putih licin dan berseri ni..

Ramai juga yang hadir ke majlis Mak Dara ni.. Termasuklah pelakon dan pengarah.. Feuh!~ Harap-haraplah mereka nak ambil MB berlakon kerana saat itu ketampanan dan kekacakkan MB amat luar biasa sekali..Jadi mungkin ada watak yang sesuai yang boleh dibawa MB..

Akhir sekali, MB ucapkan terima kasih kepada Mak Dara kerana berjaya mengadakan majlis ini dan menjemput kami sekeluarga datang.. In Syaa Allah tahun depan jangan lupa jemput lagi ya MAK DARA!

2,844 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. hehe..tadi ada jugak ambe singgah satu blog ni..mmg nampak kacak jugak orgnye…kat sinipun ada jugak sorang lagi..hehe

    meriah betul tu..

    bro pulak mmg tak terkalah dgn event 3 hari berterusan..mmg sah ramai peminat =)

    #salam sbb2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam