Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Alhamdulillah.. Satu berita gembira buat MB semalam.. Masih ingat lagi dengan contest pertama Give Away yang MB pernah sertai dulu… Kalau lupa boleh baca disini …  Boleh baca apa yang MB telah tulis..

Contest Anniversary Give Away yang dianjurkan oleh rakan blogger iaitu pemilik blog Alyzafisol.com sebelum ini, MB telah pun sertai dengan niat hanya mencuba menyertai Give Away dari rakan blogger…. Masa tu tiada niat atau terfikir pun pasal kemenangan.. Cuma nak rasa pengalaman menyertai contest Give Away…

Tapi bila jenguk ke blog Alyzafisol.com semalam, ada entri bertajuk Pemenang Anniversary Giveaway  By Alyzafisol, apa lagi cepat-cepat klik kat entri tersebut.. Syukur kerana entri MB telah  mengundang hasil dan blog MB telah dipilih sebagai Top Referral dan Pemenang Utama contest tersebut.. Terima kasih Puan Nuranizawati dan suami..

Hadiah Yang Dimenangi
Rezeki buat MB dan paling manis kerana ianya contest pertama yang MB sertai dalam dunia blog.. Lagi bertambah manis-manis kerana pakcik google telah menaikkan pangkat blog MB ke PR2 daripada PR0 dalam masa  2 bulan, klik disini.. Syukur padaNya kerana nikmat ini..

Hadiah ini mungkin akan ke tangan orang rumah MB la..hehehe..

Insyaallah kemenangan ini akan menjadi pemangkin untuk MB terus menulis di blog dan menyertai contest dari blogger lain..

Tahniah juga kepada pemenang yang lain..

2,284 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam