Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Sejak MB berblog ni, tak berpeluang lagi nak sertai Giveaway yang dibuat oleh blogger-bloger lain… Kekadang ilham tak datang nak menulis dan kebatasan waktu MB…

Kebetulan terperasaan satu giveaway yang dibuat oleh alyzafisol tempoh hari. Dalam hati berkata, ‘mungkin boleh cuba giveaway ni, mana tahu ada rezeki’. Jadi blogwalking ke blog ¬†alyzafisol.com….baca mengenai contest giveaway beliau..ok dah faham dan tahu nak tulis apa..(yeke tahu?)

Percubaan pertama memaksakan diri ini menyertai contest giveaway oleh puan alyzafisol kita tu…Terima kasih atas memberi peluang untuk menyertai giveaway ni…..klik banner di bawah ni kalau nak tahu lebih lanjut…nak join pun boleh…kalau tak nak join, klik juga boleh jenguk-jenguk siapa tuan punya badan tu…

Diingatkan, jika nak sertai, WAJIB ikut syarat-syarat yang dikenakan oleh Alyza…hehehe..senang je syaratnya…main klik-klik je…

Rupanya contest alyzafisol ni ada kaitan dengan diri beliau dan jejaka hatinya bersempena dengan anniversary mereka….katanya dengan encik osbon nya..( yang masuk maharaja lawak tu ke kumpulan osbon? Wow! )…Ianya sempena ulangtahun mereka yang ke-2, dan niat suci murni beliau mengadakan contest ini adalah disebabkan nak berkongsi kegembiraan dan keriangan beliau dengan rakan-rakan….So sweet…I like mat rempit!~ ops silap tagline……

Teringat dulu masa MB menyambut ulangtahun dengan orang rumah semasa bercinta….macam-macam dugaan dan kenangan yang masih terpahat lagi dalam ingatan kami….semuanya sukar dilupakan….

Sebelum tu, anda semua tahu ke siapa Alyza ni…Mesti tak kenal kan…MB sudah tentulah kenal…kenal pada nama jelah…haha….kenal lebih-lebih kang lebam biji mata MB…jangan marah Encik Osbon…Gurauan semata-mata je.. Kalau anda nak tahu MB ada gambar hot mereka berdua semasa berbulan madu di Geneva…Eh!Geneva? Wow! Gambar dibawah mungkin terlepas di ruangan siber…hehehe…

Semasa di Geneva (dah minta izin dari tuan punya badan)
Untuk pengetahuan tarikh ulangtahun mereka ialah 10 Oktober….Dimana bermulanya tarikh giveaway ni bermula…dan tutup pada 31 Oktober…Dan semasa perbualan telefon antara MB dan pasangan ini, MB ada merakam kan kenyataan dari Alyza sendiri iaitu mereka merancang untuk menyambut hari ulangtahun mereka di…………
Pulau Jeiju, Japan…Menarik tempatnya…haha..Korang ada?? Opss…! Yang ini MB tipu je…Mana ada berbual di telefon…hehe..Tapi tak tahulah pula kalau idea MB ni diguna pakai oleh pasangan ni….

Ucapan dari MB, Semoga Alyza dan Encik Osbon (katanya) akan berbahagia hingga ke akhir hayat dan jodoh berpanjangan. Juga abadikan segala kenangan manis bersama-sama orang tersayang kerana ia suatu memori yang indah belaka…gulp! betul ke MB yang berkata-kata ni..haha…Ikhlas dari hati..

Insyaallah niat yang baik dan ikhlas akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T….

“A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person”

2,533 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam