Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Maaf kerana artikel ini lewat di postkan dek kerana terlalu sibuk dengan kerja dan komitmen lain. Alhamdulillah hari ini berkesempatan untuk menulis. Tidak mahu menulis panjang-panjang kerana biarlah ringkas tapi padat kata orang.

Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013 telah selamat dan berjaya dijalankan pada 19 Mei 2013 di Hotel Singgahsana Petaling Jaya. Kalau diikutkan tarikh sebenar seminar ialah 5 Mei tetapi kerana pada tarikh tersebut jatuhnya proses pilihanraya umum terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh. Sudah tentulah blogger atau panel dijemput akan berkongsi bagaimana buat duit dengan blog.

Tukar Ke WordPress Sekelip Mata!

Nak buat Qurban dan Aqiqah di Kemboja?

Kali ini MB bertugas sebagai sukarelawan sekali lagi seperti event Sepetang Bersama Blogger tempoh hari. Tugas yang sama juga iaitu menjaga kaunter pendaftaran. Bersama Blogger Sepenuh Masa dan Kak Khaty. Jam 7 pagi MB sudah bergerak dari rumah bersama Blogger Six Pack ini. Bodyguard kepada dialah kiranya.

Seminar Buat Duit Dengan Blog
Credit Gambar – Denaihati.com
Seminar Buat Duit Dengan Blog
Credit Gambar – Denaihati.com

Sampai di dewan, terus bertugas siapkan apa-apa yang patut untuk sesi pendaftaran. Jam 840 pagi kaunter pendaftaran dibuka, seperti biasa kenalah beratur dahulu untuk daftar, ambil tag nama dan goodies bag. MC bagi majlis tersebut ialah Hilal Azmi salah seorang peserta Malaysian Top Host juga seorang blogger. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Noehas untuk mendapat keberkatan majlis tersebut. Diikuti ucapan pembukaan oleh Big Boss Tuan Denaihati dan Tuan Haji Mohammad Sahar bin Mat Din, Timbalan Presiden DPIM. Kemudian perkongsian mengenai asas saham secara online oleh Tuan Haji Zainal Ariffin, mantan presiden PRIBUMI.

Seminar Buat Duit Dengan Blog
Credit Gambar – Akubiomed.com
Seminar Buat Duit Dengan Blog
Credit Gambar – Akubiomed.com
Seminar Buat Duit Dengan Blog
Credit Gambar – Akubiomed.com
Seminar Buat Duit Dengan Blog
Credit Gambar – Denaihati.com

Selepas sesi ucap berucap, perut mestilah lapar, acara diberehatkan seketika untuk makan pagi. Selepas itu disambung dengan persembahan artis yang sedang meletup, bukan Bobo ok, siapa lagi kalau bukan Zarul Umbrella dengan lagunya Penyesalan. Tak sah kalau bro Zarul tak perform di majlis anjuran Denaihati Network.

Seminar Buat Duit Dengan Blog
Zarul Umbrella Turut Beraksi
Seminar Buat Duit Dengan Blog
Photographer Rasmi Ai Media Network
Seminar Buat Duit Dengan Blog
Para peserta khusyuk mendengar

Seterusnya ialah perkongsian forum iaitu di pengerusikan oleh Abang Ensem, dan panel-panel terdiri daripada :

  1. Ikhwan Nazri aka Tekong (CEO Amanz.my) – perkongsian lebih kepada pengiklanan
  2. Mohd Suhaimi aka Shuth (Founder WangCyber.com) – orang pertama yang membuat E-Book di Malaysia berkongsi mengenai E-Book
  3. Ahmad Faizal aka Titan (Blogger dan Cikgu) – Pakar Affiliates
  4. Nisa Kay (Blogger dan Host AmanzTV) – Pendapatan melalui blog antaranya iklan dan sebagai model.
  5. Rayyan Haries (Travel Blogger) – Blogger yang berkongsi pengalaman travel secara backpackers.
Seminar Buat Duit Dengan Blog
Ahli Panel dan Speaker – Credit Gambar Akubiomed.com

Banyak tips-tips dan ilmu yang dikongsi oleh mereka semua ini untuk berjaya. Terima kasih atas sudi berkongsi kepada kami. Dari Ilmu Lahirnya Kefahaman bak kata Tagline blog MB.

Tak sahlah kalau tiada cabutan bertuah kan. Sebab inilah yang ditunggu-tunggu oleh peserta seminar selain forum tadi. Antara cabutan hadiah yang dimenangi :

  1. Package Kembara Kemboja
  2. iPad Mini
  3. Samsung Galaxy S4
  4. Samsung Galaxy S3 Mini
  5. Samsung Corby
  6. Power Bank 13000 mah
  7. Kopi Premium
  8. Pakej Ke Universal Studio Singapore
  9. Tudung Muslimah
Seminar Buat Duit Dengan Blog
Ustaz Noehas & Bro Eizil
Seminar Buat Duit Dengan Blog
Rayyan Harries, Tuan Denaihati & Hilal Azmi

Salah seorang pemenang cabutan bertuah ialah MB sendiri yang bertuah sangat memenangi pakej percutian ke Universal Studio Singapore. Alhamdulillah bolehlah bawa anak dan isteri kesana. Memang berhajat untuk bawa mereka ke sana dari dulu lagi. Sebenarnya berhajatkan gajet Samsung S4 tapi tak kesampaian. Kemudian ada sesi penerangan mengenai Affiliates dari eQurban disampaikan oleh En. Abdul Halim.

Seminar Buat Duit Dengan Blog
Bro Hazman Kaki Makan
Seminar Buat Duit Dengan Blog
Kak Rock dan Pemilik Ummi Umairah
Seminar Buat Duit Dengan Blog
Model Cabutan Bertuah Shakiddo

 

Antara penaja-penaja yang terlibat dalam seminar ini ialah Little Scarf Collection sebagai penaja utama dengan gabungan co-sponsor Ajwa Travel Sdn BhdServerfreak Web Hosting, Ummi Umairah dan eQurban.com.

Seminar Buat Duit Dengan Blog
Blogger Tampan & Nisa Kay
Seminar Buat Duit Dengan Blog
Abang Ensem Digoda

Dan penaja bagi hadiah cabutan bertuah ialah AE Consultancy, miGlobal Millionaires Network, Eizil Network, Ciklaili.com, Lensapujangga.com, Mindaaktif.com, Mindasyukri.com, Hazmanfadzil.com, Ejamothman.com, CS Holidays Sdn Bhd dan Ilham Resources.

Selesai majlis acara bergambar yang dinanti-nantikan oleh rakan-rakan blogger karan waktu inilah mereka dapat beramah mesra, bertukar kad nama,bertukar no telefon dan macam-macam lagilah.

Seminar Buat Duit Dengan Blog
Jejaka-jejaka idaman
Seminar Buat Duit Dengan Blog
Gadis-gadis rebutan
Seminar Buat Duit Dengan Blog
Aksi Kanak-kanak riang
Seminar Buat Duit Dengan Blog
Bro Framestone & Bro Azwan
Seminar Buat Duit Dengan Blog
Kamera senget atau mereka yang senget?
Seminar Buat Duit Dengan Blog
Tak tahu nak caption apa..hehehehhe

Ps: Nak berjaya bukan mudah, perlukan pengorbanan, keikhlasan, kepercayaan selain strategi dalam apa-apa bidang sekali pun.

8,090 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. ebook pertama yang gua rasa spread by Malaysian bukan Shuth sebenarnya…tak silap gua Gobala Krishnan..die buat duit ngan Chapter M dulu..

    lepas tu Bitol, buat ebook tentang Paypal Malaysia dan baru aku nampak ebook Shuth ni..tapi tu la..tak pasti plak sape yang keluar dulu ebook..sebab aku masuk tahun 2006..masa tu awal WC ditubuhkan..hehe..:D
    reezluv Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Wajah Baru Blog ReezluvMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam