Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Tahun 2014  merupakan Tahun Melawat Malaysia. Bila tahun melawat Malaysia ni sudah tentu tempat tempat pelancongan yang menjadi tumpuan pelancon yang datang dari dalam negara dan luar negara.

Bagi MB sendiri inilah masanya sebagai blogger kita turut mempromosikan destinasi menarik di Malaysia.Kita juga boleh digelar sebagai duta kecil pelancongan negara.

Tahun ini MB berkeinginan untuk membawa isteri dan anak ke Legoland di Johor. Dari tahun lepas sebenarnya MB hendak bawa tetapi akibat kekangan masa dan bajet 2013 tidak diperuntukkan lagi. Jadi mujur terjumpa post dari rakan blogger iaitu Zulkarnain atau Kikie yang sedang melansungkan contest Legoland. MB ambil inisiatif ini untuk menunaikan impian Mr Ray yang setiap kali nampak orang orang lego di televisyen.

Diharapkan tahun ini MB dapat pergi Legoland. Nak merasa juga tempat pelancongan tu dengarnya ada juga waterpark.

Sebelum hendak pergi ke sana mestilah melihat perkembangan cuaca dahulu maklumlah cuaca sekarang tidak menentu hujan panas.

Tetapi mujur juga Kikie ni merupakan pembaca berita cuaca di Jabatan Kaji Cuaca. Jadi memang agak mudahlah kerja MB untuk bertanya pada Kikie tentang cuaca. Kenapa, tak percaya ke? Serius beb, MB pun tak percaya mulanya tapi bila tengok satu gambar ni barulah kesedaran itu timbul. Nah gambar nya..

contest published2u.com legoland
Contest Legoland Dari Published2U.Com

Mungkin Kikie bercita cita hendak menjadi Peramal Kaji Cuaca disebabkan itulah juga MB terpaksa mengarang jalan cerita macam ni. Mungkin anda yang baca entri ini agak pelik bila MB mengarut hahaha.

Nak buat macam mana gambar tu menunjukkan seorang lelaki dengan gambar satelit bumi peredaran cuaca. Jadi MB andaikan yang Kikie ini pergi lawatan ke pusat kaji cuaca ataupun sedang beraksi sebagai pakar kaji cuaca. Ataupun Kikie berhasrat berkecimpung dalam dunia penyiaran ataupun seorang wartawan Semoga berjaya Kikie!

Walau apa pun yang terjadi sebenarnya, MB harap kali ini ada rezeki untuk MB dan anak isteri untuk pergi ke Taman Tema Legoland hoorayyyy!

Kepada Published2U.com semoga terus sukses untuk tahun 2014 dan mencapai kejayaan yang memberangsangkan. Semoga terus menulis untuk pembaca. Terima kasih juga kerana memberitahu tentang contest ini.

 

 

2,055 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam