Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

James Bond kembali lagi…..!!! Agen 007 akan menemui anda di pawagam 1 November 2012….Kepada peminat filem James Bond pastikan anda tidak lepaskan peluang untuk menonton filem terbaru iaitu Skyfall….Agen kesukaan MB…. Review filem  kali ini MB nak cerita pasal Skyfall…..
Skyfall ditayangkan pada 23 Oktober 2012, akan dikeluarkan di United Kingdom pada 26 Oktober 2012,  dan ia akan menjadi filem James Bond pertama dikeluarkan di IMAX… Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini sempena ulang tahun ke-50 siri ini, yang bermula dengan Dr No pada tahun 1962…
Sedikit sinopsis filem Skyfall,
Skyfall adalah filem ke 23 James Bond, yang diterbitkan  Eon Productions yang dihasilkan untuk MGM, Columbia Pictures dan Sony Pictures Entertainment.  Ia kemunculan kali ke-3 Daniel Craig  sebagai James Bond, dan Javier Bardem sebagai Raoul Silva. Filem ini telah diarahkan oleh Sam Mendes dan ditulis oleh John Logan, Neal Purvis dan Robert Wade
Apabila operasi di Istanbul berakhir dalam bencana, James Bond hilang dan dianggap sebagai telah mati, dan identiti setiap ejen MI6 yang menyamar telah bocor ke internet. Selepas itu, persoalan dibangkitkan mengenai keupayaan untuk menjalankan Perkhidmatan Rahsia M, dan dia menjadi subjek kajian kerajaan atas pengendalian keadaan. Apabila  perkhidmatan itu  diserang, kemunculan secara tiba-tiba Bond memberikan M alasan dia perlu untuk mendapatkan Raoul Silva, seorang penjahat berbahaya mendakwa mempunyai kaitan peribadi dengan kedua-dua mereka, tetapi Bond mengikut  satu jejak dari London ke Laut China Selatan, akhirnya dia mendapati kesetiaan beliau terhadap M telah dicabar melalui masa lampau beliau… 

Adakah Skyfall ini akan memecahkan rekod Box Office seperti filemnya yang lain iaitu Casino Royale mencecah 581.5m…..Gaji termahal pelakon filem James Bond ini masih dipegang oleh Pierce Brosnan sebanyak 17.9m…..

Itu serba sedikit mengenai Filem Skyfall… Tapi yang lebih menarik lagi ialah entri ini MB tulis khas untuk memenangi tiket filem dan menonton Skyfall bersama Bro Framestone…Selain daripada membuat review awal mengenai filem Skyfall…..

Ini peluang untuk berjumpa bro sebelum dia menjadi suami orang..hehehe….Bro Framestone sering menjemput blogger lain bersama beliau dalam event yang dijemput…Jadi ini peluang untuk MB bersua secara ‘live’ dengan bro…..Apatah lagi dengan menonton filem Skyfall ini… 
Harap entri MB kali ini bertuah…Insyaallah….Dah lama sebenarnya nak berjumpa dengan Bro Framestone…tapi  tak berkesempatan lagi….Hanya perbualan melalui Muka Buku sahaja…Harap dengan entri ini dapat membuatkan MB berjumpa dengan Bro Framestone….Dan Insyallah jika ada rezeki, akan berjumpa juga……

2,591 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam