Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Masih ingat lagi MB pernah menulis mengenai erti Niche Blog dan Niche Blog Melastik Bintang..? Boleh klik disini untuk mengetahui kisah tersebut..

Niche Melastik Bintang
Rasanya masa yang ditunggu oleh MB untuk memberitahu kepada anda semua apa Niche Blog Melastik Bintang yang akan MB fokuskan.. Jadi, keputusannya ialah MB akan menjenamakan Blog Melastik Bintang ini dengan Niche Parenting.. Dalam bahasa melayunya blog yang lebih memfokuskan isu-isu kekeluargaan, isu-isu am suami isteri, isu-isu yang berkaitan dengan perkahwinan dan isu-isu yang berkaitan dengan institusi sesebuah keluarga…Juga tips dan pandangan….

MB memilih parenting kerana ia sangat dekat dengan diri dan situasi MB.. dan MB lebih selesa menulis apa yang MB suka dan yang tersirat di hati… Bila kita menulis atas dasar apa yang kita suka In Syaa Allah ia jadi lebih menarik…

Tidak bermakna dengan Niche terbaru ini, MB hanya akan fokuskan pada tajuk-tajuk tersebut… Dalam masa yang sama juga MB akan menulis juga isu-isu lain seperti biasa… Untuk dikongsikan bersama… Tetapi mungkin akan lebih fokus pada isu kekeluargaan… Dan segmen Mr.Ray juga tetap akan terus ada.. Kalau asyik cerita isu kekeluargaan pun pembaca akan jemu juga.. Jadi MB tetap selitkan kisah-kisah lain untuk anda semua…
Diharapkan dengan Niche ini, anda semua masih lagi sudi klik blog Melastik Bintang dan tidak jemu mengunjungi blog MB… Dan masih setia membaca hasil penulisan dan idea dari MB… Jangan anda semua lari dan tidak mahu kunjung blog MB sudahlah.. Huhu…
Terima kasih juga kepada mereka yang sehingga hari ini masih lagi sudi membaca blog Melastik Bintang dan meninggalkan komen-komen… (^_^)

Header Baru 2013

From Babah

4,364 total views, 3 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. walaupun tak berkahwin lagi tak semestinya tak boleh baca blog parentingkan.. yang bujang pun boleh baca juga.. untuk pengetahuan..

    hehe.. mungkin betul Muja tak sabar ni..dah ada calon ke??hihihi

  2. walaupun i am not even married yet,, suke sangat baca parenting blog nih,, macam blog intan berlian tu,, suka la baca orang layan anak-anak dorang,, hehe.. adakah nampak sangat ku tak sabar di situ?? hehe 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam