daftar SBB2014

Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Apa rasa bila sesuatu yang kita hajat sangat tapi mesti tak dapat..? Kecewa bukan…Hehehe..

daftar SBB2014
Antara panel yang akan berkongsi ilmu

Macam Majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2014, yang hampir tiba nanti pada 8 Mac, pendaftaran telah pun bermula dari 1hb lagi. Alhamdulillah sambutan yang hangat dan luar biasa diberikan oleh mereka yang mendaftar. Yeo’s selaku pihak penaja utama dan Oceanlife2u sebagai Penaja Bersama.

DAFTAR SBB2014

Baru sahaja 3 hari dibuka pendaftaran, jumlah pendaftaran telah mencapai angka hampir 100. Bayangkanlah tidak sampai seminggu jumlah tempat duduk sudah tinggal lebih kurang 40 sahaja.

Terima kasih pada yang memberi sokongan dan mendaftar. Bagi anda yang masih berfikir fikir samada hendak pergi atau tidak, MB sarankan berhenti berfikir dan terus daftar dan buat pembayaran.

Kerana tidak ada apa yang anda akan rugi dan menyesal jika pergi. Malah anda akan rasa lebih menyesal, kecewa, cemburu melihat ribuan gambar yang akan memenuhi media sosial rakan rakan anda dengan gambar dan status SBB2014. Itu belum lagi dengan blog post masing masing. Kenangan terindah bersama rakan rakan yang hadir ke SBB2014 pasti tidak dapat dilupakan.

Banyak hadiah yang akan diberikan dalam cabutan bertuah, antaranya  Iphone 5s, GPS, Mini iPAD, dan macam macam lagi. Dan jangan lupa Contest Yeo’s Sempena SBB2014

Jadi berhentilah berfikir dan daftar sekarang di http://bit.ly/1bmvLXp

4,126 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam