Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Alhamdulillah, pagi tadi bila buka blog MB, ternampak Alexa Toolbar kat atas tu PR blog melastikbintang.com dah berubah dari 0 ke 2.. Terperanjat juga bila tengok, rasa macam tak betul pula.. Betul ke toolbar ni.. ke google yang silap pengiraan.. hehehe.. tapi tidak mengapa mungkin rezeki untuk blog MB.. Alhamdulillah…

Dapat PR2 pun dah syukur.. bukan senang nak dapat dan bukan senang nak maintainkan PR.. Mungkin ini reward untuk MB yang selama ini maintainkan entri dan blogwalking.. Rasanyalah ke sebab lain..
Bukan nak berlagak, tetapi rasa puas sebab apa yang kita lakukan ada hasilnya…
Gambar yang membuatkan MB terkejut pagi tadi :
Google PR Toolbar
  
Insyaallah, semoga MB dapat kekalkan PR dan naikkan lagi. 
Owh ye, sedikit penerangan mengenai PR ataupun Page Ranking :
Apa Itu Pagerank?

Pagerank diadili oleh Google.. Bermaksud blog anda mempunyai backlink yang baik serta entri keyword yang telah diindex dengan baik serta SEO yang baik…

Maksudnya Google mengiktiraf blog anda ini mesra blogging atau mesra Google..tak lembab, ada linkage ( senang spider nak lompat ke blog anda)

Untuk dapatkan pagerank  MB boleh katakan jumlah traffic tidak memainkan peranan yang terlalu penting (kalau salah tolong tunjukkan, takut tersalah kenyataan)…. Pernah lihat tak, ada blogger pagerank tinggi tapi Alexa tinggi juta-juta?

Untuk memperolehi pagerank anda mesti ada pengetahuan SEO serba sedikit.. Macam MB dulu bila dengar SEO, apa benda SEO tu…Clueless…




Buat sementara waktu untuk SEO hanya tumpukan:

a) External dan internal link dalam blog anda – berkait bloglist/exchange banner 
b) Mahir dalam nofollow/dofollow
c) Loading time blog monitor – ini berkait dengan image dan widget
d) Meta tag/ meta description
e) Selalu submit entri ke Google, Bing dan Yahoo
f) Keyword yang baik
Ada kes sesebuah blog itu SEO agak teruk tapi dapat pagerank…..sebab banyak bloglist atau exchange banner dari blogger lain..
Kesimpulannya, tak kira apa PR anda, hargailah blog anda dan hargai juga blog rakan anda…


8,307 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam