Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Kalau baca pada tajuk entri ini sebenarnya tidaklah berapa nak santai sangat. Malah bukannya MB duduk melepak, bersembang muka ke muka dengan saudara Akubiomed hehe.. Tapi lebih kepada komunikasi 2 hala di mukabuku.

Skrip bermula bila persoalan bagaimana hendak meletakkan Fanpage Facebook di blog MB. Kemudian jari-jari ini seolah terpanggil untuk bermesej peribadi dengan beliau di mukabuku.

King Kenny
salam bro akubiomed…
nak minta bantuan sikit la..

Akubio Med
Apa yang saya boleh bantu?

King Kenny
macam mana nak letak facebook fanpage box kat WP ye…
tadi ada cuba guna plugins..
tapi tak timbul plak box dia..

Akubio Med
boleh copy code di FB developer. ini linknya https://developers.facebook.com/docs/plugins/
Saya lebih suka guna kod berbanding plugin. Code tersebut boleh diletakkan didalam widget. Mudah jer.

Begitulah perbualan awal antara MB dan saudara Akubiomed untuk plugins WP MB.

Kemudian beliau bertanya ” kenapa tak maintain dengan blogspot?” Sebab WP ini perlu bajet setiap tahun.

MB membalas pertanyaan tersebut dengan mengatakan WP ni platform untuk MB cuba bagaimana nak mengaplikasikan WP ni berbanding blogspot dan MB tertarik dengan rekaan template WP yang ringkas tetapi menarik untuk digodek.

Lalu beliau mengutarakan pendapat dan pengetahuan yang ada iaitu  blogger yang menggunakan WP perlu sedia perbelanjaan untuk pakej hosting, kalau bandwith habis kena beli, kalau storage penuh kena beli.
Bagi pengguna blogspot pula hanya memerlukan  modal rendah dengan membeli nama domain tak sampai RM50 setahun sahaja. (MB memang bercadang untuk membeli domain sendiri)

Lantas menyentuh isu template blogspot MB pula,MB menyatakan ingin mencari template blogspot yang ringkas seperti WP. Ini jawapan beliau “Cuba buat kajian blogger yang berjaya seperti Eyriqazz. Template yang digunakan biasa sahaja tetapi trafik tinggi dan income pun tinggi. Jadi MB berfikir sejenak,  betul kata beliau, template biasa pun tidak apa yang penting pulangan trafik ke blog kita dan bagaimana menjana income yang tinggi dengan blog.

Saudara Akubiomed juga ada menyarankan menggunakan theme thesis untuk blogspot agak hebat SEOnya, boleh cuba dapatkan di ForBlogger.net.

Sempat juga MB bertanya berapa lama saudara Akubiomed berjinak-jinak dengan dunia blog. Jawapan beliau “Jangan tanya berapa hasil yang saya dapat memang tak ada. Blog tempat saya untuk mendapat terapi“. Sungguh jujur dan tulus jawapan beliau hehehe..

Beliau mengatakan yang beliau mementingkan minimalist dan blog load yang pantas serta kurang link bila saya minta pendapat beliau mengenai blog saya. Memang benar blog load yang pantas amat penting untuk tarikan pengunjung sebab itu juga MB suka melawat halaman saudara Akubiomed walaupun content sesetengah entrinya ringkas, tetapi apa yang hendak disampaikan pada pembaca adalah secara terus dan mudah difahami disertakan gambar yang bersaiz besar hasil bidikan DSLR beliau.

Perbualan kami hampir sampai ke penghujungnya, beliau menasihatkan  saya kalau ada kelapangan buat kajian sendiri kerana tidak semua  yang ingin berkongsi pengetahuan. Ada yang simpan untuk diri sendiri. MB setuju dengan kenyataan beliau, lebih baik kita belajar mengkaji sendiri kerana ia lebih mendatangkan kepuasan pada diri sendiri. Tetapi tidak salah juga kita bertanya pada orang yang lebih berpengalaman.

Itu antara perbualan kami yang pendek. Walaupun pendek tetapi segala nasihat dan pandangan dari beliau amat berguna untuk MB yang masih segar dalam dunia blog dan penulisan.

Terima kasih cikgu Akubiomed!

Monolog : Harap dapat tunjuk ajar dari Blogger lain juga.

2,493 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam