Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Hujung minggu lepas merupakan hujung minggu yang pack buat MB. Mana taknya, hari sabtu lalu MB ke Taiping kerana ada tugas di Seminar Hartanah Abang Ensem Hotel Seri Malaysia, Taiping. Hari jumaat lepas solat jumaat kami dah bertolak menuju ke Taiping. Sabtu malam baru sampai ke Shah Alam.

Pada hari Ahad pula setelah dirancang, ada sesi berjumpa dengan mak angkat iaitu kak SweetKurma di Seoul Garden, Festival Mall jam 3 petang. Bukan MB sahaja yang ada tetapi Shakiddo.com dan Azmanisma.com pun ada juga. Masing-masing bawa keluarga.

Sehari Bersama Sweetkurma
Shakiddo, MB & Kak Sweetkurma
Sehari Bersama Sweetkurma
Menjamu Steambot apa lagi!~
Sehari Bersama Sweetkurma
Bergambar Kenangan bersama mak angkat kami…..

Belum habis lagi disitu…Acara hari berikut ialah menerjah ke rumah mak angkat kamilah apa lagi.. Dah alang-alang sampai sana, rugilah kalau tak singgah ke rumah taukeh tudung ni..

Rumah kak Sweetkurma dekat je dengan Festival Mall ni rupanya.. Kalau jalan kaki pun dah sampai..

Sehari Bersama Sweetkurma
Shakiddo & Azman Isma

Orang perempuan kalau dah sampai kedai tudung, yang lelaki kena faham-fahamlah ye.. Tunggu dan tengok jelah..

Sehari Bersama Sweetkurma
Sesi memborong tudung

Sempat jugalah MB cuba guna produk dari Kak Sweetkurma ni.. Serum Mawar.. Bau dia, memang harum…Bila disembur memang wangi dan muka jadi berseri-berseri…

Sehari Bersama Sweetkurma
Model Serum Mawar
Sehari Bersama Sweetkurma
Inilah produk nya..Berseri-seri wajah MB bila guna…

Terima kasih pada Kak Sweetkurma atas koleksi 2 tudung ini.. Nanti MB suruh Sya gayakannya…

Sehari Bersama Sweetkurma
Buah tangan dari Kak Sweetkurma
Sehari Bersama Sweetkurma
Gambar Sekeluarga

Lama juga kami singgah di rumah Kak Sweetkurma ini.. Ialah takkan nak singgah kejap je.. Datang dari jauh.. Sekali-sekala dapat singgah dan bersembang seronok rasanya…

Sehari Bersama Sweetkurma
Satu keluarga…
– Credit Shakiddo.com

MB sekeluarga nak ucapkan ribuan terima kasih pada Kak Sweetkurma kerana bermurah hati belanja kami makan dan semoga perniagaan Kak Sweetkurma ย bertambah maju dan berkembang. Terima kasih juga atas nasihat yang diberikan secara langsung dan tidak langsung.

4,171 total views, 5 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. alhamdulillah, terimakasih atas masih yang diberikan, akak pun seronok sangat sampai sekarang masih terasa…. ok gak untuk jadi model “serum mawar” boleh digandingkan dengan model “tudung” hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam