Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

blogger-to-wordpress

Syukur alhamdulillah, kerana apa yang MB idamkan selama berblog ini telah pun tercapai. Penghijrahan dari medium Blogger ke WordPress merupakan salah satu matlamat MB dalam mengukuhkan jenama Melastik Bintang dalam dunia blog.

Setelah mengambil masa yang agak lama juga untuk berhijrah ke WordPress ini, MB melakukan survey hosting mana yang sesuai sebelum betul-betul MB berhijrah. Niat nak menggunakan WordPress ini sudah lama sebenarnya, tetapi kerana beberapa faktor yang harus diambil kira ianya tertangguh sekian lama.

MB sebenarnya selesa dengan medium Blogger kerana MB bermula dengan platform tersebut. Kiranya blogger tegar menggunakan Blogger.com. Coding CSS di template Blogger tu dah hafal dah kat mana kalau nak edit. Masing-masing ada kelebihannya terpulang pada kita sendiri untuk menilainya.

Mengenai Hosting dan Perkhidmatan yang MB gunakan ini? Nantikan artikel yang akan MB buat khusus mengenai Hosting yang MB gunakan ini.

Semoga penghijrahan ini akan menguatkan lagi jenama blog Melastik Bintang dan berjaya dalam arena blogging.

 

8,710 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam