Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.


Assalamualaikum w.b.t
Kalau anda baca pada tajuk artikel ini, sememangnya nampak begitu menarik hati anda semua bukan? Seminar Buat Duit Dengan Blog.. Ini yang MB nak kongsikan dengan anda semua.Ada yang kata dengan blog korang boleh buat duit ke? Pertanyaan yang paling top diajukan pada MB semasa mula-mula berjinak dengan dunia blog ni. Bagi mereka yang tidak tahu cara dan jalannya mungkin akan bertanya demikian, tetapi bagi mereka yang telah menceburi dunia blog dan melalui selok belok dunia sosial media ini pasti tahu ianya boleh mendatangkan pulangan kepada kita.Tak dinafikan ada beberapa cara yang selalu diamalkan oleh blogger antaranya ialah pada pengiklanan pada blog, ini salah satu cara yang biasa dipraktikkan oleh blogger. Ada juga yang membuat affiliate, e-book dan sebagainya. Ada yang menampakkan hasil dan ada juga yang kurang bernasib baik.
Ada caranya jika hendak buat duit dengan blog lebih berkesan lagi. Kita juga perlukan mentor dan tunjuk ajar dari rakan-rakan untuk berjaya. Bagaimana? Dimana? Ha! Kalau korang rasa korang nak buat duit dari blog korang dengan lebih efektif apa kata MB sarankan korang semua hadiri Seminar Buat Duit Dengan Blog yang dianjurkan oleh Denaihati Network.

Tiada Blog?Ha!Jangan khuatir jika anda tidak mempunyai blog sekalipun anda tetap juga boleh sertai seminar ini. Seminar ini terbuka untuk blogger, usahawan online dan mereka yang bergiat dalam sosial media.Syarat-Syarat Mendaftar?Mestilah berumur 15 tahun ke atas dari semua bangsa dan semua negara. Untuk maklumat, seminar akan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya. Anda hanya akan dikira sebagai peserta yang sah setelah membuat bayaran dan melampirkan bukti bayaran di borang pendaftaran seminar.Bayaran untuk pendaftaran awal Seminar Buat Duit dengan Blog ini adalah RM50 seorang. Pendaftaran awal akan tamat pada 5 Mei 2013, dan selepas itu, yuran penyertaan akan dinaikkan kepada RM100 seorang.Tempat adalah terhad, Denaihati Network hanya menyediakan kira-kira 300 kerusi untuk seminar kali ini.

“Seminar yang akan diadakan pada Ahad, 19 Mei 2013, jam 8.00 am – 1.30 pm di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya ini akan memberi ruang untuk anda mempelajari atau memantapkan perancangan blogging anda selama ini. Sesi seminar yang berkonsepkan forum ini akan memberi ruang untuk anda bertanya dan berbincang dengan para panel yang terdiri dari top blogger Malaysia ” petikan dari Denaihati.com.

Insentif?

Berita baik juga kepada anda yang menyertai seminar ini. Berbagai insentif menarik akan disediakan untuk peserta Seminar Buat Duit dengan Blog antaranya :

  •     Cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah gadget terkini yang menarik dan package kembara Kemboja.
  •     Bonus untuk Rakan Niaga Denaihati yang paling banyak mendaftarkan peserta SBDDB.
  •     Hadiah istimewa untuk peserta ke 100, 200, 300 dan 400.
  •     Dan insentif-insentif lain yang akan diumumkan.
Apa tunggu lagi, tempat adalah terhad. Daftar sekarang DISINI.

Jumpa Disana!!!!

6,512 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam