Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

1 November yang lepas merupakan hari bertuah MB, kenapa? Sebab MB telah memenangi tiket untuk sesi tayangan filem terbaru James Bond iaitu Skyfall di  Cathay Cineplax, e@curve Damansara pada hari pertama filem Skyfall ditayangkan. BroFramestone telah memberi peluang kepada MB untuk sama-sama memeriahkan majlis tayangan filem Skyfall tersebut. Beberapa rakan blogger juga turut dijemput oleh BroFramestone untuk menonton filem tersebut. Majlis berikut merupakan tajaan dari pihak Advertlets.
BroFramestone telah membuat satu contest untuk rakan blogger untuk memenangi tiket filem Skyfall. Tugasan yang diberikan mudahnya iaitu membuat satu entri yang ringkas mengenai filem Skyfall dan kenapa nak menonton bersama BroFramestone. Klik untuk entri MB berkenaan contest tersebut. Lebih dari 10 orang rakan blogger telah menghadiri ke majlis tayangan filem Skyfall tersebut. Antara blogger yang hadir ialah Yana Yasin, Dkna, Hazwan, Deq Noor dan ramai lagi.
Sekitar Majlis :
Pihak Penaja

Rakan Blogger

Orang paling sibuk

Bersama BroFramestone

Tiket untuk blogger bertuah
Melastik Bintang & Hazwan Hairy

Ter’snap’ pula

BroFramestone bersama peminat

Sumber gambar ini dari Dkna.my
Ulasan Mengenai Filem Skyfall:

Plot cerita filem James Bond kali ini lebih menarik lagi berbanding filem yang sebelumnya. Kali ini, Agen 007 terlibat dengan pelbagai aksi yang lebih mencabar dan mendebarkan. Lebih banyak aksi telah diselitkan dalam filem kali ini dan membuatkan penonton tidak senang duduk dan ternanti-nanti dengan aksi seterusnya.
Kali ini misi agen 007 ialah menjejaki bekas agen 007 juga, Silva merupakan bekas agen kepada M.  Silva ingin menghancurkan M16 dan membalas dendam kepada M. Bond terpaksa mengharungi cabaran yang lebih hebat lagi keranan berdepan dengan seorang bekas Agen 007 dan seorang yang bijak dan licik. Dapatkah Bond menyelesaikan misi kali ini? Saksikan filem Skyfall untuk mengetahui lebih lanjut.

MB ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada BroFramestone  kerana telah memberi peluang kepada MB untuk sama-sama menonton filem Skyfall bersama beliau. Bukan senang nak dapat peluang sebegini. Alhamdulillah rezeki MB. Kepada rakan blogger yang lain pun boleh juga dapat peluang macam ini dan pastikan rajin-rajin membaca info di blog HyeBro!


Ikuti perkembangan Melastik Bintang di Fanpage & Twitter @miorhafis

2,746 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam