Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Nak review blog seseorang adalah sesuatu perkara yang bukan mudah. Kenapa MB berkata demikian? Kerana hendak memperkatakan blog seseorang itu kita perlulah mengikuti blog individu berikut dan kalau boleh membaca dan memahami setiap artikel yang ditulis oleh blogger tersebut. Bukan boleh main tulis je kan. Silap-silap kita kena balik dengan tuan/puan punya blog.
Jadi dengan senang hatinya kali ini MB cuba nak review satu blog ini. Blog ini MB selalu juga ikuti artikel yang ditulis oleh penulisnya dan MB pernah menang Top Komentor Ke-2 pada bulan Januari lepas. Blog yang MB maksudkan ialah blog Sweetkurma.com dengan tagline Berkongsi Itu Indah sesuai dengan artikel-artikel yang pernah ditulis oleh Kak Siti. Berkongsi dengan pembaca tentang pengalaman hidup dan pengetahuan yang Kak Siti pernah alami, MB seronok membaca nukilannya dan boleh dijadikan panduan dalam kehidupan kita. Jadi MB sarankan anda semua ikutilah blog Sweetkurma ini, banyak yang boleh kita pelajari.
Pemilik blog ini diberi nama Siti Rokiah, tetapi lebih dikenali dengan nama Kak Siti atau Kak Sweetkurma ataupun Kak Rock di kalangan blogger. Tetapi MB sering panggil beliau Datin Siti hehe. Pertama kali jumpa dengan Kak Siti ini ialah di Majlis anjuran Denaihati.com iaitu SBB2013 tempoh hari lalu. Apa yang boleh MB katakan ialah Kak Siti memang rock! Memang sporting dan peramah. Kalau tahan dengan gurauannya tiada masalah bagi anda hehehe.

Salute juga pada Kak Siti kerana dapat membahagikan masa antara bisnes dan dunia blog. Bukan senang wahai saudara saudari untuk melibatkan diri dalam 2 benda yang memerlukan usaha dan komitmen masa. Bayangkanlah urusan perniagaan memerlukan komitmen masa dan fokus, bila masa pula Kak Siti ini nak menulis artikel dan berblog kan? Hehehe.. Itu kena tanya Kak Siti sendirilah. Macam MB memang agak susah nak buat 2 kerja dalam 1 masa sebab bukan Multitasking hehehe.

Tetapi sebenarnya ada baiknya jika kita mengusahakan sesuatu bisnes, kita perlulah juga ada 1 blog  untuk mempromosikan bisnes kita itu. Orang kata macam batu loncatan kepada bisnes kita. Contoh terdekat ialah blogger Hensem ini, Dunia Hartanah beliau di selarikan dengan blog yang beliau ada. Pasti anda setuju dengan kata MB ini.

Dan selain itu, Kak Siti ini juga merupakan seorang usahawan sebenarnya. Usahawan tudung kalau anda semua nak tahu. Bukan tudung sahaja malah ada bermacam-macam lagi jualan yang ada di kedai Kak Siti ini. Kedai yang diberi nama Little Scarf Collections dengan tagline Transformasi Tudung Terkini fokus kepada penjualan tudung jahitan sendiri secara borong dan runcit, telekung, kelengkapan umrah dan juga urusniaga silver (perak) serta lain-lain.
Rambang mata sebenarnya bila tengok hasil tangan Kak Siti ini di Laman Muka Buku beliau. Bermacam-macam koleksi yang ada, kalaulah MB seorang perempuan sudah pasti  Little Scarf Collections menjadi pilihan hati MB, mujurlah MB ni lelaki hehehe. Tapi tak bermakna kita sebagai lelaki tidak boleh membeli tudung atau telekung bukan, kita boleh hadiahkan kepada ibu kita, isteri, rakan-rakan wanita. Boleh singgah Kedai Kak Siti ini DISINI dan luaskanlah pemandangan anda di koleksi koleksi yang ada di kedai ini.

4,765 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Banyak perubahan yang berlaku dengan pantas sekali kepada kak Siti untuk blog Sweet Kurma dan Little Scarf Collection.

    Nasihat saya adalah promosi! promosi!.

  2. Kak siti memang sweet.. sangat kagum dengan beliau.. mula2 jumpa memang segan gile nak cakap ngan die, sbb nampak cam serius je.. tp bila dh kenal, mmg happening.. bertuah dapat kenal ngan datin siti ni.. hehe

    1. telah mengenali beliau sejak 1989…masa sama2 satu ofis dulu…mmg sgt sweet…baik hati…k.siti masih sama yg saya mula2 kenal 24 tahun yg lalu…semoga k.siti lebih berjaya di masa2 akan dtg…

  3. aduiiii sangat2 terharu dengan hadiah sebuah entri dari melastik bintang serta komen2 dari rakan blogger, inshaaAllah ada kesempatan kita boleh bersembang, ngeteh2 dan ngopi2…. luv u all ya

  4. Alhamdulillah, saya pernah mendapatkan hadiah dari Kak Siti yakni sehelai tudung dan beliau langsung kirimkan ke alamat rumah saya di Indonesia. Sampai sekarang tudung tersebut senantiasa dipakai oleh istri saya, terutama ketika pergi ke sekolah untuk mengajar

  5. Saya masih tidak berani nak komen (berbual-bual) dengan Kak Siti.

    Tetapi insya-Allah, jika berkesempatan saya akan selalu ke sana untuk melawat Istanyanya.

    Jika berkesempatan saya akan belikan tudung atau apa-apa yang dijual Kak Rock.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam