Assalamualaikum w.b.t
Sempena Malaysia Social Media Week 2013 yang akan berlangsung pada 3 Mac 2013 nanti, proses pengundian blog-blog yang tercalon kini amat terasa kehangatannya.
Ada blogger yang menjalankan kempen mengundi.. Tidak kurang juga rakan-rakan turut membantu mempromosikan..
Terima kasih kepada pengundi-pengundi dan mereka yang mengikuti dari mula acara ini. Kali ini MB akan menjelaskan sesuatu yang menjadi kekeliruan calon dan pengundi mengenai sistem undian.
Peringkat Pencalonan & Pengundian
Untuk mengundi blog kegemaran anda, hanya ikuti langkah-langkah yang mudah:
- Pastikan anda daftar akaun terlebih dahulu untuk akses
- Aktifkan akaun di e-mail anda.
- Klik pada senarai kategori yang dicalonkan.
- Pilih blog kegemaran anda
- Klik pada butang Vote untuk mengundi.
Atau anda boleh ke link berikut untuk cara mengundi dengan lebih terperinci:
Berikut merupakan mekanisme undian untuk anugerah tersebut:
- Daftar untuk mengundi. Anda memerlukan username dan password.
- Setiap orang hanya boleh mengundi sekali sahaja untuk setiap kategori (hanya boleh undi satu blog untuk satu kategori).
- Terdapat 20 kategori, jadi setiap orang hanya boleh mengundi 20 kali, satu kali untuk setiap kategori.
MSMW 2013 Secretariat
Peringatan bahawa undi anda mewakili 80% kepada keseluruhan proses menilai pencalonan.
Diharapkan para blogger dan pengundi sudah faham dan jelas dengan keterangan yang MB terangkan di atas. Selamat berjaya kepada semua peserta dan persaingan kita adalah persaingan secara sihat.
Semoga Berjaya !
Semoga Berjaya !










mksudnye undi skali je kan? bkn undi tiap2 hari kan?
ya, undi hanya sekali untuk satu blog..
itu yang pelik.ada orang undi hari-hari.
betul tu titan… tetapi masa awal-awal proses undian dibuka rasanya boleh undi banyak kali..
ooo..pernah boleh undi banyak kali ye?… susah gila saya nak vote untuk kawan2 kategori lifestyle sebab ramai sangat yang saya suka kot..haiishh
rasanya masa awal-awal hari tu.. rasanyalah..
yup.. kategori Lifestyle memang banyak.. =)
Jom undi membantu kawan-kawan yang bertanding.
Jom bro.. Kita bantu rakan-rakan…
proses yg agak similar dengan MITBCA tahun lepas
yeke bro zarul.. hmm.. =)
all the best yea..
terima kasih Q Partner Travel..=)
all the best yea…
terima kasih kak sharidawati…
I’ll do.
thanks a lot sis!
emm nanti nak undi juga mereka semua ni..adoii…sibuk2..mengalahkan PM..
hehe undi je pondok kecil.. sebelum tarikh tamat…
Good Luck MB..