Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Hari Rabu kelmarin MB telah dijemput menghadiri satu private function yang diadakan di Mukha Cafe TTDI.

Terima kasih kepada AllDay Media dan Bro Framestone kerana telah menjemput MB dan rakan rakan yang lain. Event ini dianjurkan oleh Advertlets sempena rebranding syarikat mereka untuk tahun hadapan. Syarikat baru yang diberi nama AllDay Media kalau tak silap MB.

allday media event,blogger event,
Antara hadiah hadiah untuk blogger

MB ke sana bersama blogger POYO Abang Ensem kebetulan kami dari Shah Alam, selalunya jika ada function di KL MB akan naik motor untul mengelakkan jalan sesak. Tetapi pada hari tersebut MB tumpang Abang Ensem.

Majlis bermula lebih kurang jam 830 malam yang dimulakan dengan ucapan bos besar AllDay Media dan diikuti cabutan bertuah untuk blogger. Perut dah lapar jadi kita lihat sajian apa yang ada dihidangkan untuk tetamu. Antara sajian ialah Chips & Gravy, Air Peach, Chocolate Cake,Spahgetti Aglio Olio dan Turkey & Beef Bacon Wrap.

Chips & Gravy memang MB rasa sajian paling laris malam tu sebab apa, sebab sedap sangat. Pertama kalai makan sajian macam tu. Kentang dicampurkan dengan daging dan kuah di dalamnya.

allday media event,blogger event,mukha cafe ttdi
Kalau tak sedap si Ruby takkan makan banyak macam ni…

Cabutan bertuah buat blogger dan ada hadiah untuk Best Dress untuk Lelaki dan Wanita ialah x-mini speaker, earphone dan laptop hand bag. Blogger yang hadir diberi laptop cover dan mouse pad yang di taja oleh x-mini.

AllDay Media

Dahulu dikenali sebagai Advertlets, diketuai oleh Josh Lim. Difahamkan mereka mahu menjenamakan semula syarikat tersebut dengan nama AllDay Media, dimana fungsi dan nature business mereka akan menjadi lebih luas lagi. Semoga berjaya di masa akan datang.

Petikan dari Linkedin AllDay Media

AllDay Media aims to demystify digital rituals – to make the process of getting ‘there’ on social media less of a complexity, and more of a science. We’ve helped mobile apps, local SMEs, international brands and individuals achieve what they want on social media – whether its driving downloads and visitors, or getting more brand mentions, or even just connecting with their customers more efficiently online.

‘Likes’ aren’t enough, but that has to happen before ‘love.’

Antara perkhidmatan AllDay Media ialah Social Media, Blog Advertising, Blogging, Digital, Social Media Sponsorship, Facebook Management, Instagram Marketing, Malay Language Marketing, Chinese Language Marketing, Mobile Marketing, App Marketing.

Mukha Cafe

Cafe yang terletak di Taman Tun Dr Ismail, Damansara.  Kafe kecil yang selesa dipanggil Mukha. Mukha yang mendapat nama dari tempat  yang sama nama di Yaman di mana peniaga-peniaga dari seluruh pelusuk dunia  bertemu untuk perdagangan kopi di abad ke-15.

allday media event,blogger event,mukha cafe ttdi
Simple…dan kemas..

Di dalam cafe ini dihiasi dengan barang barang yamg ‘rare’ dan ‘vintage’. Dan kalau anda singgah ke sini pasti anda akan tertarik dengan hiasan dalamannya. Malah turut menjual buku buku dan barangan yang antik kepada pengunjung.

Disini memang sesuai kalau anda hendak membuat private function dalam lingkungan 15-20 orang.

allday media event,blogger event,mukha cafe ttdi
Menarik kan hiasan dalaman

Waktu operasi Mukha Cafe ialah :

Isnin: Tutup
Selasa – Khamis: 7:30am-22:00pm
Jumaat: 7:30am-13:00pm 2:00pm-12:00am
Sabtu: 7:30am-12:00am
Ahad: 07:30am-10:00pm

allday media event,blogger event,mukha cafe ttdi
Alamat Mukha Cafe TTDI

Layari http://www.mukha.com.my

3,652 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam