Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

19 November yang lepas aku menghadiri satu event di Smashies Burger , Jalan Genting-Kelang. Event sempena Hari Lelaki Sedunia

20131122-112929.jpg

Event ini turut dihadiri oleh geng geng motor besar Malaysian Head Hunters Bikers. Sempena Hari Lelaki Sedunia , Smashies Burger menawarkan kepada pelanggan yang datang pada hari tersebut, sesiapa yang dapat mengalahkan geng Malaysian Bikers dalam pertandingan Gusti Tangan akan mendapat “Hot Chick” burger mereka secara percuma.

20131122-113442.jpg

Aku memang tak ambil bahagian kerana aku sedar yang lengan aku bukan lengan yang cukup besar dan kuat untuk menandingi lengan lengan geng bikers tersebut.

Kat Smashies Burger ni mempunyai pelbagai jenis burger yang anda mungkin tak pernah lihat dan makan. Ianya mendapat inspirasi dari Amerika dengar ceritanya.

20131122-113651.jpg

Smashies Burger CEO Will Soh berkata ” men make sacrifices every day in the various roles that they play as a son, as a worker, as a friend, as a husband, as a father. Their contribution towards the community and nation as a whole cannot be ignored. This is why we decided to celebrate International Men’s Day with a fun twist, to appreciate and celebrate all men out there for their contributions, and reward them with a good burger!”

Smashies yang baru dibuka mengambil nama tersebut berdasarkan bagaimana burger tersebut dibuat. Untuk menampakkan lagi menarik dan unik, mereka mewarnakan roti burger tersebut supaya nampak berbeza.

20131122-113803.jpg

Walaupun diilhamkan dari pengaruh Amerika, Smashies Burger berasa bangga di Malaysia atas perniagaan yang dijalankan. Mr Soh merupakan seorang investment banker yang bergelumang selama 20 tahun dalam kerjayanya tersebut sebelum membuka Smashies burger.

Sempena Hari Krismas nanti, Smashies Burger akan mengadakan program kebajikan dan orang awam boleh mendermakan pakaian yang tidak pakai, permainan, buku. Boleh membawa barang barang tersebut ke Smashies Burger untuk didermakan.

20131122-114000.jpg

Kepada anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Smashies Burger dan aktiviti terrbaru mereka boleh layari Laman Facebook di www.facebook.com/smashiesburger

3,619 total views, 3 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam