Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

[ Mudahnya Untuk Bermula ]

Perkara paling sukar apabila ingin menyimpan wang ialah bagaimana dan dari mana hendak bermula.

Mereka yang bijak dalam percaturan kewangan peribadi perlukan tips penjimatan dan pelaburan untuk mencapai matlamat kewangan sendiri.

Ia boleh menjadi sukar untuk memikirkan cara-cara mudah untuk menjimatkan wang dan bagaimana untuk menggunakan wang simpanan anda untuk mencapai matlamat kewangan tersebut.

Ini panduan asas yang pertama yang anda boleh gunakan untuk membangunkan pelan simpanan realistik.

[ Merekodkan Perbelanjaan ]

1. Langkah pertama dalam menyimpan wang adalah untuk mengetahui berapa banyak wang yang anda belanjakan. Ini adalah pokok pangkalnya sebelum anda memulakan langkah menyimpan.

2. Selama satu bulan, buat rekod semua wang yang anda telah belanjakan dan simpan rekod tersebut.

3. Sebaik sahaja anda mempunyai data anda, susun data dan amaun tersebut dengan kategori contohnya: barangan runcit, ansuran kereta, ansuran rumah dan sebagainya dan dapatkan jumlah keseluruhan berapa wang yang anda perlu keluarkan setiap bulan.

4. Kemudian barulah anda dapat kenalpasti berapa amaun simpanan yang anda boleh peruntukkan.

Bagaimana nak menyimpan jika tidak tahu wang yang akan dikeluarkan setiap bulan.

Sistematik perlu dalam merancang sesuatu dalam kehidupan.

1,183 total views, 4 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam