Melastik Bintang

When Property Meet Blogger

Tips Menyimpan Deposit Rumah Walaupun Sedang Menyewa Rumah – Edisi Asas

TIPS MENYIMPAN DEPOSIT RUMAH WALAUPUN ANDA SEDANG MENYEWA RUMAH

[ Sambil menyelam minum air ]

Jika anda sedang menyewa dan suatu hari nanti ingin membeli rumah, anda tahu bahawa deposit atau duit muka ingin membeli rumah adalah langkah pertama yang paling penting.

Malangnya, kehidupan seharian dan perbelanjaan sara hidup boleh membuatkan ianya sukar untuk menyimpan deposit bagi sebuah rumah ditambah pula apabila anda sedang membayar sewa rumah setiap bulan.

Apa yang penting dalam situasi ini ialah bagaimana anda perlu membayar sewa rumah dan dalam masa yang sama perlu membuat simpanan untuk deposit rumah.

Selepas menggunakan begitu banyak wang pendapatan anda di kos perbelanjaan sewa rumah, bayaran kereta, barangan runcit dan bil utiliti perlu dibayar , proses menyimpan/menjimatkan wang kelihatan agak mustahil.

TETAPI dengan mengurangkan perbelanjaan bulanan dan melakukan strategi kewangan dengan betul, tumpuan anda untuk mendapatkan pemilikan rumah akan menjadi lebih cepat daripada apa yang anda sangkakan sebelum ini.

Ikuti tips ini untuk bagaimana untuk menyimpan untuk sebuah rumah manakala menyewa:

[ Gunakan Aplikasi Bajet / Perbelanjaan ]

Terdapat banyak aplikasi belanjawan / bajet yang percuma atau yang boleh membantu anda ke arah matlamat anda untuk membeli rumah.

Sebaik sahaja anda tahu di mana anda perlu menggunakan, menghabiskan, menetapkan bajet maksimum bagi setiap kategori perbelanjaan dan ikutinya.

Jangan lupa tanamkan disiplin menyimpan / dan kurangkan kos perbelanjaan yang sepatutnya ( anda mampu ) dan ingat bajet dilakukan adalah untuk mencapai matlamat anda untuk membeli rumah.

Lupakan Kemahuan Pentingkan Keperluan

SHARE JIKA BERMANFAAT

155 total views, 8 views today

«

© 2017 Melastik Bintang. Theme by Anders Norén.