Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

AirAsa melancarkan program Integrasi 1Malaysia yang mana pihak syarikat Tambang Murah AirAisa akan menawarkan 10,000 tiket Percuma kepada rakyat Malaysia.




AirAsia Berhad (AirAsia) menawarkan sebanyak 10,000 tempat duduk percuma kepada orang ramai terutama kepada mereka yang tidak pernah menaiki pesawat melalui Program Integrasi 1Malaysia syarikat penerbangan berkenaan.

Tempat duduk percuma ini akan dibuka untuk tempahan kepada rakyat Malaysia melalui laman web www.airasia.com pada 9 Januari ini, tepat jam 12 malam.

Tempat duduk percuma ini adalah untuk penerbangan segera dari 14 Januari hingga 4 Februari 2013. Tambang serta surcaj bahan api diketepikan dan hanya cukai lapangan terbang dikenakan bagi tempat duduk percuma ini.

Tempat duduk percuma itu bagaimanapun hanya untuk penerbangan yang berlepas dari Semenanjung Malaysia ke Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu dan Bintulu serta penerbangan dari Timur Malaysia ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

6,794 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam