Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Hari ini Mr. Ray dapat hadiah lagi.. hadiah untuk IQ dirinya… Mini Learning Cube..

Sebenarnya harini kami sekeluarga ke 4th  Maternity and Children Expo di Exibition MidValley.. Tiap-tiap kali ada je expo ni mesti kami sekeluarga akan terjah… Sebab kat sini macam-macam ada untuk keperluan baby, anak-anak… Dari segi pembelajaran pun ada juga booth yang dibuka..Harga berpatutan juga.. Lebih-lebih lagi pampers..


Pagi-pagi lagi dah gerak ke MidValley.. Bukan apa, nak mengelakkan jalan sesak di lebuhraya persekutuan.. faham-faham sajalah kalau hari minggu… MB paling tak suka dengan kesesakan jalanraya…

Sampai di MidValley, kami pergi sarapan dulu.. Cari foodcourt di tempat biasa.. tapi tengah renovation.. Jadi beralih ke tempat lain…. Selesai sarapan terus menuju ke Exibition tersebut..

Ramai sangat orang… Sesak terlalu sesak.. Kalau bawa Stroller mesti susah nak berjalan.. Nak tengok booth pun tak semua boleh tengok… Tapi kali ini, tak banyak booth yang dibuka macam 3rd  Maternity and Children Expo.. Nak snap gambar pun agak susah..hehehe…

Sampai je ke destinasi terus snap gambar

Kaunter mendapatkan goodies bag

Sekitar expo.. Ramai orang dan agak sesak

Booth yang wajib kami terjah setiap kali expo

Juga booth wajib diterjah khas untuk Mr.Ray

Apa yang ditenung oleh Mr.Ray

Lebih kurang 3 jam kami sekeluarga  di dalam expo.. Si isteri pula nak cari Durian Crepe.. Menyambung misi durian crepe yang dulu… Puas mencari lokasi.. Akhirnya jumpa juga…

Bagi mereka yang mencari Durian Crepe.. Boleh terus ke gerai Sumptuous Desserts di Tingkat LG.. Berdekatan dengan Big Apple… Duria Crepe yang menjadi kegilaan ramai..

Cari je signboard kedai ni

Kek Hokkaido pun ada jual juga

Lepas misi selesai, terus pulang ke rumah.. Penat juga satu hari suntuk berjalan… Sekali sekala dapat keluar bersama keluarga ke tempat-tempat macam ini seronok juga.. Dapat luangkan masa bersama…

2,317 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Tempat ramai orang begini memang buat kepala pening tapi kalau kenangkan harga yang pasti murah ditambah ada giveaway pulak…., pasti berbaloi bila datang ke expo ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam