Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Bermulalah segmen baru di blog MB ini.. Nak tahu segmen apa?

Segmen baru ini diberi nama Segmen 5.. Kenapa 5? Sebab MB akan kongsikan 5 sebab/punca/alasan atau apa sahaja dengan pembaca..Mungkin anda boleh anggap ianya sebagai tips dan ilmu tambahan..

Segmen 5 tips

Untuk Segmen 5 pertama ini MB akan kongsikan 5 Teknik Keluar Malam.. Pada mereka yang bergelar suami atau bapa tu mungkin susahkan nak keluar malam…Kadang-kadang tu tak lepas pun sebab si isteri tak bagi..Hahaha.. Jom tengok apa 5 Teknik tu..

  • Handphone tertinggal di pejabat – katakan pada isteri anda yang handphone anda tertinggal di pejabat siang tadi dan anda perlu keluar mengambilnya. Takut panggilan dari Dato’ Datin mengenai urusan bisnes tidak dijawab.
  • Gunakan telefon anda – Pakat dengan rakan anda untuk hubungi anda, buat-buat anda menjawab panggilan telefon dari bos anda, dimana bos anda meminta anda datang kerumahnya untuk mengambil dokumen untuk mesyuarat esok.
  • Tengok bola – Bagi mereka yang tiada astro tu wajib guna alasan ini. Beritahu isteri anda bahawa anda nak menonton bola diluar di kedai mamak atas alasan rumah tiada astro. Dan pasukan yang bermain malam itu adalah pasukan kegemaran anda.
  • Standby pakaian – Yang ini paling senang caranya. Lepas waktu kerja tu anda salin pakaian anda dan beritahu isteri anda yang anda balik lewat kerana ada overtime. Kemudian apa lagi teruslah ke destinasi nak mengeteh atau lokasi perjumpaan dengan rakan-rakan. Tak perlu singgah rumah dulu dikhuatiri susah nak lepas keluar.Hehehe…
  • Jujur – Katakan anda hendak keluar malam berjumpa dengan rakan lelaki, tetapi isteri anda tidak bagi,kecuali dia ikut bersama. Leceh bukan jika isteri ikut kita keluar ngeteh, jadilah seorang yang jujur, beri alasan kepada isteri anda yang rakan-rakan anda semua adalah lelaki, tiada perempuan. Jika anda bertuah si dia tidak akan ikut  kerana segan  tiada wanita. Kalau si dia ikut juga keberangkalian dia akan melakukan perkara-perkara di luar fikiran seperti menggigit kuku, merenung screen handphone, berulang alik ke toilet dan sebagainya.

Teknik yang mana satukah anda pihak suami selalu guna..?Hehehe.. Tepuk dada tanya seleralah kan.. MB bukan nya mengajar benda yang tidak elok cuma berkongsi sesuatu dengan pembaca. Terpulang pada anda untuk menilainya.. Mungkin ada yang boleh diambil mungkin ada yang tidak.. Mungkin bagi kes mereka yang susah untuk keluar malam.

Kepada isteri, bertolak ansur sedikit dengan si suami kerana adakalanya si suami perlukan juga masa bersama rakan-rakannya di luar..Kan elok jika masing-masing memahami kehidupan masing-masing.. In Syaa Allah…

12,156 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. assalamualaikum MB…betul tu nak keluar sekali sekali boleh tapi kenalah jujur pada isteri bagitahu ke mana dan atas tujuan apa…jika jujur dan benar isteri akan tetap membenarkan suami keluar juga….kepercayaan yang dibagi oleh isteri tu jgn la pula disia2kan yer…:)
    maszull Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Cuaca Sejuk Malasnya Menjadi-JadiMy Profile

    1. Cakap saja kat isteri masa keluar malam tu, ada kecemasan
      nak balik rumah mak abah.

      Cakap kat isteri yang si suami rindu nak manja-manja dnegan parents.

      Konfem isteri bagi pergi. 😉

      Apapun isteri yang soleh dan baik adalah isteri yang mendengar cakap dan nasihat suami hanya pada yang Allah redha saja..

      Si Suami tak digalakkan beritahu isteri bila nak keluar hanya Sunat saja untuk beritahu talut ada kecemasan ke berlaku kan?

      Tapi …

      Si Isteri wajib beritahu suami sebab redha Allah pada redha suami.

      Syurga Allah pada redha suami terhadap isteri. 😉
      Asyrof Asri Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Kontes Panduan Blogger – HasrulHassan.comMy Profile

  2. haha satu pun aku tak pernah buat, err apa kata tambah lepas solat isyak di mesjid terus jer pergi ngeteh nanti apabila balik lewat cakap dengan isteri ada muzakarah dengan rakan – rakan hehe
    onlajer Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Hari Untuk Memotong RambutMy Profile

  3. Kenapa ko bagitau teknik ni kat orang? pasni susah dah la semua kaum isteri dah tau taktik kita nak keluar malam2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam