Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Wanita.. Apa ada dengan wanita..? Begitu besar ertinya jika kita dapat mendalami hadirnya wanita dalam hidup kita.. Entri ini dibuat khas oleh MB untuk para wanita di dunia ini..  Kenapa wanita tidak lelaki.. Banyak sebab kenapa wanita malah anda sendiri juga sudah maklum bahawa lahirnya kita dari rahim  ibu kita yang bernama wanita..

Kepada si LELAKI (suami atau anak LELAKI), tolong ingatkanlah dirimu sendiri supaya jangan lupa jasa wanita-wanita (isterimu atau ibumu) yang selalu menjaga ruang rumahmu, pakaianmu dan masakan hari-harimu. Dan kamu juga jangan lupa untuk kamu selalu memberi sokongan kepada anak-anakmu sehinggalah berjaya mereka berjaya..

Seringkali kita dengar ungkapan ini ” Kejayaan Suami adalah kerana isteri yang menyokong dari belakang “.. Ungkapan itu memang memberi maksud yang begitu mendalam.. Setiap perbuatan atau usaha suami, si isteri lah yang sering memberi sokongan kepada suami untuk berjaya.. Sering memberi nasihat, meberi tunjuk ajar, memberi panduan dan memberikan keyakinan kepada suami..

Seperti MB, isteri banyak mendorong MB dalam menghasilkan blog ini dan juga dalam kerjaya MB.. Tanpa dorongan dan sokongan dari beliau, tidak mungkin juga MB akan sampai ke tahap ini.. Begitu juga Ibu MB, yang banyak mengajar MB erti kehidupan sebagai seorang suami..

Rasulullah pernah bersabda, 

Demi Allah, Allah tidak pernah menggantikan wanita yang lebih baik darinya. Dia menolongku di saat orang-orang mengusirku. Dia mempercayaiku di saat orang-orang mendustakanku.”

Kata-kata itu adalah pujian baginda kepada Khadijah. Khadijah menyokong baginda di awal perkembangan Islam. ~ (Maksud Hadith)

Inspirasi Ku

Berbuat baiklah kepada wanita, karena sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.Maka sikapilah para wanita dengan baik.” (HR al-Bukhari Kitab an-Nikah)

Hargailah wanita di sekeliling anda.. Kasihi mereka sementara mereka masih ada di sisi kita.. Dan jangan kamu lupa wahai si lelaki, kamu juga tidak mustahil akan beroleh seorang anak wanita di kemudian hari. Insyaallah.. Jadi wahai si lelaki, sayangilah wanita! 🙂
Kalau rasa entri ni best share la ye..

Nota Lastik : Macam mana pula kes suaminya atau kekasihnya menyayangi wanita lain.. Tetapi hanyalah sekadar kawan.. Agak-agak boleh ke si isteri atau kekasihnya menerima keadaan itu.. (^_^)

5,829 total views, 4 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam