Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Semalam jalan hadapan rumah MB boleh dikatakan tutup sepanjang hari dek kerana kerja penyelengaraan paip bocor oleh kontraktor SYABAS. Hari ahad lepas berlaku kebocoran paip di halaman rumah MB dan mengakibatkan laluan air masuk ke rumah menjadi perlahan kerana kebocoran tersebut.

Hari Isnin baru MB membuat laporan tentang kebocoran paip tersebut kepada SYABAS pada awal pagi lagi. Dail HOTLINE SYABAS , operator mereka akan tanya apa masalah, jadi MB terus buat aduan mengatakan ada paip bocor depan rumah , lokasi paip bocor sebelum Meter rumah, dan berikan alamat kepada operator tersebut.Apa yang bagusnya ialah tidak sampai 15 minit kontraktor SYABAS telah berada depan rumah untuk melihat kebocoran tersebut.

Pantas mereka ini semua, sebenarnya berlaku kebocoran juga di rumah jiran ada 2 buah rumah, tetapi kontraktor tersebut datang ke rumah MB dahulu kerana mereka hanya menerima laporan untuk rumah MB. 2 buah rumah lagi mungkin kontraktor lain yang akan uruskan.

Mereka sampai dengan jentolak dan sebuah lori dan 4 orang kakitangan. Terus mereka mencari punca paip bocor tersebut dan mulakan kerja penyelenggaraan dan menggantikan paip bocor tersebut.

Jika paip rumah atau jalan bocor boleh buat aduan kepada  SYABAS
Kerja penyelenggaraan paip yang bocor
Punca paip bocor di rumah
Punca paip bocor sudah dikenalpasti oleh kontraktor SYABAS
Paip bocor adukan kepada pihak SYABAS
Inilah paip yang bocor yang akan digantikan dengan paip baru
Paip bocor punca air perlahan
Setelah digantikan dengan paip baru lubang dikorek tadi dikambus semula

Sekejap sahaja mereka buat penggantian paip bocor tu lebih kurang dalam 20 minit sahaja kerana paip tersebut tidak berada dalam sangat dari permukaan tanah senang proses mencari dilakukan.

Kepada mereka yang mahu membuat aduan kepada pihak SYABAS jika ada paip yang bocor juga boleh buat aduan di :

Talian Bebas Tol : 1-800-88-5252

SMS : Hantar ‘PUSPEL <teks>’ ke 39222

Talian Faks : 03-22955168

Email : puspel@syabas.com.my

Laman Web :

12,988 total views, 7 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam