Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Para tetamu AirAsia & AirAsia X kini boleh menikmati pengalaman hidangan dalam pesawat yang baru dengan pengenalan beberapa hidangan baru dalam menu bagi kedua syarikat penerbangan tersebut.

AirAsia akan memperkenalkan Mee Goreng Mamak Kamal bagi penerbangan AK AirAsia yang boleh didapati dalam pesawat dan semasa proses pra-tempahan. Selain dari Mee Goreng Mamak Kamal , AirAsia juga memperkenalkan dua hidangan yang baru bagi menu bulan November dan Disember iaitu Spicy Tuna Wrap dan menu istimewa Krismas Roast Chicken With Vream Sauce.

20131118-111534.jpg

Anda boleh menempah hidangan ini dalam kesemua penerbangan yang berkod AK, tempahan boleh dilakukan secara atas talian di www.airasia.com

Selain itu juga AirAsia turut memperkenalkan set hidangan premium X-Citing yang terdiri daripada Big Breakfast Meal, Japanese Bento, dan Roast Chicken with Special Stuffing and Cranberry Sauce. Setiap set hidangan ini akan dihidangkan bersama minuman, pembuka selera dan pencuci mulut. Anda boleh dapatkan ia melalui pra tempahan secara talian sahaja mulai dari 1 Disember 2013.

Sebelum ini AirAsia telah memperkenalkan hidangan Nasi Lemak Pak Yasser serta Nasi Ayam Uncle Chin, kini Mee Goreng Mamak Kamal pula menjadi menu terbaru. Gabungan terbaik mee, dengan daging dan ayam, hirisan kek ikan, tauhu, telur, dan sayur kobis. Dengan hanya RM12 sahaja untuk pembelian dalam pesawat atau pra-tempahan (termasuk air mineral 100ml)

Manakala hidangan Roast Chicken With Cream Sauce anda boleh dapatkan dengan harga yang sama iaitu RM12 (air mineral 100ml) pra tempahan atas talian dan RM15 dihidangkan bersama 325ml Coke.

Bagi Spicy Tuna Wrap boleh membuat pra tempahan dengan harga RM9 di atas talian tetapi jika membeli di atas pesawat dengan harga RM10.

MB sendiri telah merasa hidangan hidangan terbaru tersebut semasa majlis pelancarannya tempoh hari di Le Meridien Hotel. Yang pasti Mee Goreng Mamak Kamal memang terbaik, memang sedap cuma MB rasa kepedasannya sedikit.

20131118-111418.jpg

Bagi korang yang akan terbang bersama AirAsia dan AirAsia X, korang boleh mencuba hidangan terbaru yang diperkenalkan ini.

20131118-111938.jpg

20131118-112116.jpg

20131118-112200.jpg

4,079 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam