Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Persoalan yang harus difikirkan oleh kita sebagai Ibu-Bapa… Antara sunnah dan tradisi dalam masyarakat Islam… MB ingin berkongsi dengan pembaca mengenai amalan cukur jambul di dalam masyarakat kita sekarang…
Amalan cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga.. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat… Tetapi apa yang dapat dilihat pada zaman sekarang ialah masyarakat tidak mencukur kepala bayi tersebut sehingga botak licin, mereka hanya menggunting beberapa helai rambut… Adakah ianya dikira sebagai perbuatan sunnah? Anda fikirkan… Atau mungkin juga selepas majlis tersebut barulah pihak keluarga mencukur rambut bayi tersebut sehingga botak…
Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua.. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin.. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak… Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik..
Jika anda sedari, sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun.. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa…Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?
Tidak salah melakukan majlis besar-besaran untuk menyambut kedatangan orang baru, tetapi kita harus renung kembali bagaimanakah caranya untuk mendapat pahala sunnah mencukur kepala bayi dengan cara yang berlandaskan Islam…
Sedikit Maklumat Berkenaan Adat Cukur Jambul
Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan..Ada juga melakukan selepas waktu habis pantang dan mengikut kemampuan masing-masing.. Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih…
Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup… Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk… Kemudian kelapa yang dihias dengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan di dalam sebiji batil… Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa… Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan…
Nota Lastik : Jika ada tersalah maklumat atau tersalah kenyataan MB meminta maaf.. MB bukannya pandai sangat dalam ilmu agama..Sekadar hanya ingin berkongsi sesama rakan dan artikel ini ditulis hasil pembacaan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai…. Sama-sama kita saling mengingati….

23,838 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. kawan takde buat pun dekat anak kawan , kawan cuma buat aqiqah sahaja
    kalau tak silap kawan rambut yang dicukur habis itu akan ditimbang dan dinilaikan dengan harga emas dan disedekah kepada fakir

    1. Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat/mahram), ia diharuskan..

      Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai…

      yup betul,budaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari budaya masyarakat India..

  2. eh ya lah, majlis cukur jambut biasa sangat orang buat, akak tak ingat ada buat ke tidak majlis sebegini untuk anak2 sbb anak yg bongsu pun dah 17 tahun, tapi akikah memang akak buat

  3. dalam Islam, amalan sunat & sunnah yang patut dibuat untuk anak-anak yang baru dilahirkan – azan/iqamah di telinga, bertahnik, bercukur & membuat aqiqah…

    buang istilah “cukur jambul” dari kamus kita dan amalkan sunat & sunnah di atas…

    http://www.FaridAdam.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam